Oleh : Encik Haniff bin Abdullah Hashim K.B.;P.A.

Pada umumnya emosi dan manusia akan cuba mempertahankan diri individu daripada perkara-perkara yang tidak menyelesaikan atau menyakitkan. Begitulah dengan 'mood', 'mood' ini adalah satu keadaan dimana individu tidak merasa kesungguhan, keghairahan atau keinginan dalam melakukan sesuatu. 'mood' yang tidak baik menandakan tubuh badan dan minda perlukan rehat. Walau bagaimanapun seringkali juga terjadi, 'mood' anda kerap kali berada dalam keadaan tidak baik. akibatnya banyak kerja yang tertangguh. persoalannya adakah perlu menunggu dalam keadaan 'mood' yang baik baru memulakan kerja. Berikut adalah beberapa garis panduan untuk memastikan kesejahteraan diri anda terjaga dalam masa sama produktiviti tidak terganggu oleh 'mood' yang tidak baik.
1) Kenalpasti - bila 'mood' dalam keadaan tidak baik
Pertamanya adalah kenal pasti tren bilamana 'mood' anda berada dalam keadaan tidak baik. Antaranya adalah seperti pagi Isnin (monday blues), baru pulang dari tugasan luar, menyertai pertandingan sukan dan sebagainya. Perkara-perkara tersebut sangat berkait dengan keadaan fizikal anda. Sekiranya keadaan ini berlaku, anda sudah boleh jangkakan apa yang bakal berlaku selepas anda melakukan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan
2) Ambil tindakan segera seperti melakukan senaman ringan/power nap/ cuti rehat
Apabila sudah dikenalpasti situasi seperti mana yang biasa mengganggu 'mood' anda. Ambillah tindakan segera seperti melakukan senaman ringan, tidur sebentar (power nap), atau memohon cuti rehat. Tindakan ini penting supaya keadaan 'mood' tidak baik anda berterus-terusan tanpa usaha memperbaikinya.
3) Biasakan diri untuk memulakan kerja walaupun dalam keadaan 'mood' yang tidak baik
Sekiranya langkah intervensi sudah diambil. Namun 'mood' masih tidak baik. Ini kebarangkalian fizikal dan mental anda memberi isyarat untuk kekal berada dalam keadaan selesa, dan tidak melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan tekanan kepada anda. Usah biasakan diri melayang isyarat ini, sekiranya anda sering mengikut kehendak isyarat ini, lama kelamaaan anda menjadi tidak cergas dan ketagih untuk berehat berlamaan-lamaan. Sebaliknya rancanglah untuk memulakan kerja. usahakan untuk membuat tugasan, walau pun 'mood' masih tidak baik, namun apabila telah memulakan kerja dan telah mendapat rentak untuk menyelesaikan tugas. Anda akan kembali menjadi produktif.
4) Sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental
'mood' tidak baik adalah berkaitan dengan pemikiran dan fizikal. Bagi menjaga pemikiran supaya mendapat ketahanan yang tinggi. melatih diri untuk bercakap sendiri (self talk) dan keluar dari lingkaran pemikiran tidak rasional. manakala untuk menjaga fizikal optimumkan senaman fizikal dan mengawal pemakanan dengan mengambil makanan yang sihat sahaja.
5) Sentiasa mencabar diri untuk keluar dari zon selesa
Akhirnya, produktif atau tidak seseorang itu adalah bergantung kepada tahap konsistensi individu. Semakin konsisten seseorang memulakan dan menyelesaikan tugas, maka semakin produktif tersebut. Justeru cabarlah untuk mengeluarkan diri dari zon selesa. Ambillah masa bereha sekiranya 'mood' berada dalam keadaan tidak baik selama sejam contoh. kemudian jangan berlengah-lengah untuk menyudahkan kerja.
Tarikh Input: 29/03/2025 | Kemaskini: 29/03/2025 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia