Oleh : Puan Izwana binti Ismail K.B.;P.A.

“Aku ingat nak jumpa kaunselor, nak buat kaunseling…”
“Okay, bagus lah tu sekurang-kurangnya, kau dapatkan bantuan dari orang yang betul…”
“Hmm memang orang yang betul… tapi aku tetap risau…”
“Risau kenapa pula?”
Masa sekolah aku selalu dengar, kaunselor ni tak boleh simpan rahsia..nanti semua orang boleh tahu apa yang kau kongsi…
“Aku risau, kadang-kadang rasa ragu-ragu, betul ke kaunselor ni boleh simpan rahsia aku?”
Kebiasaannya, kita memang akan risau kalau kita nak buat sesuatu perkara baru untuk pertama kali. Sama juga, kalau kita pertama kali nak jumpa kaunselor. Perasaan risau itu perasaan yang normal. Salah satu sebab kita rasa risau, sebab kita tak kenal siapa kaunselor kita kan? Kita juga mungkin akan rasa malu dan takut. Kita akan terfikir, apa penerimaan kaunselor terhadap kita dan juga masalah yang akan dikongsikan. Betul tak?
Pertama sekali, untuk mengurangkan rasa risau, malu dan takut,sebagai bakal klien, kita perlu tahu tentang kaunselor kita?
So, apa yang kita perlu tahu?
Okay…untuk mengurangkan perasaan takut tu..saya akan kongsikan bahawa kaunselor adalah manusia yang boleh dipercayai…iaitu…
Sebelum mendapatkan khidmat kaunseling, kita perlu pastikan kaunselor kita seorang kaunselor yang berdaftar. Kenapa kena kaunselor yang berdaftar?
Sebabnya macam ini, Kaunselor berdaftar ni dia akan ada ilmu, kemahiran dan pengalaman melakukan sesi kaunseling. Yelah, dia dah buat hampir 1000 jam sesi dengan klien. Memang lah akan mahir. dan kau tak perlu risau, jika dia berdaftar, maksudnya dia sudah ada lesen daripada Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).
Paling penting, kaunselor berdaftar ini ada kemahiran untuk buat kita sebagai klien rasa selesa dan selamat untuk berkongsi.
Satu lagi, Kaunselor Berdaftar ni juga terikat dengan kod etika kaunselor Kalau dia bukan kaunselor berdaftar dan terlatih, ada kemungkinan dia tidak tahu adanya kod ini. Kod etika kaunselor ni adalah garis panduan yang perlu diamalkan oleh kaunselor. Jadi, kaunselor kita akan memastikan sesi kaunseling berjalan dengan baik, selesa, tidak bersifat menghakimi dan menghormati serta menjaga RAHSIA kita. Apa yang paling penting, kalau kita rasa kaunselor kita tu melanggar kod etika ni, kita boleh laporkan pada LKM sendiri.
Tapi macam mana nak tahu kaunselor kita itu kaunselor berdaftar?
Okay, kita boleh semak status kaunselor di laman sesawang Lembaga Kaunselor Malaysia.
Jadi, pastikan kaunselor anda seorang kaunselor berdaftar, sebelum mendapatkan khidmat kaunseling.
Kaunselor juga telah diajar kemahiran kaunseling yang mana kemahiran ini akan membantu kaunselor memahami klien.
Tarikh Input: 28/02/2025 | Kemaskini: 28/02/2025 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia