Keluarga Malaysia Teguh Bersama | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Keluarga Malaysia Teguh Bersama

“Tidak ada maknanya kejayaan, kemajuan dan kemakmuran jika rakyat berpecah-belah dan bergaduh sendiri.” Berikut merupakan ungkapan Yang Amat Berhormat Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussein Onn. Kata-kata beliau ini perlu untuk kita sama-sama teliti dan fahami bersama. Sebagai rakyat yang hidup di dalam masyarakat majmuk, sudah tentunya akan terdapat banyak perbezaan antara satu sama lain. Baik dari aspek agama, budaya mahupun fahaman ideologi. Perbezaan ini, jika tidak dijaga, boleh menjadi punca kepada pergaduhan dan perpecahan antara rakyat Malaysia sendiri.

 

Namun, sekiranya kita mengangkat dan meraikan perbezaan yang ada di antara kita semua, sudah pasti perbezaan ini akan dihayati dan dapat diterima setiap bangsa dan perpaduan pula akan terjalin dengan lebih eratnya. Itulah apa yang dimaksudkan dengan ungkapan Bapa Perpaduan negara kita. Kita tidak boleh berpecah hanya disebabkan perbezaan yang ada di antara kita. Kita perlu faham yang setiap daripada kita mempunyai perbezaan yang tersendiri dan perbezaan ini perlu dihormati. Nescaya keamanan dan perpaduan yang kita rasai semenjak dahulu, akan sentiasa dirasai oleh kita sehinggalah kepada anak-anak, cucu-cicit kita nanti pada masa hadapan.

Tarikh Input: 29/08/2022 | Kemaskini: 29/08/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcXAO~