Kemasukan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2022/2023 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Kemasukan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2022/2023

Kemasukan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2022/2023

 Oleh : Farah Najwa

 

Universiti Putra Malaysia merupakan universiti kedua terbaik di Malaysia. Ini telah menarik minat para pelajar dari dalam dan luar negara. Bagi sesi 2022/2023 seramai 3553  pelajar telah mendaftarkan diri di Universiti terkemuka ini.

Sesi kemasukan pelajar kali ini telah berlangsung pada 3 oktober 2022 bertempat di kolej kediaman masing-masing, Keceriaan dan kegembiraan jelas terpapar di wajah para pelajar dan ibu bapa. 3553 pelajar ini terdiri daripada pelajar prasiswazah sepenuh masa, prasiswazah separuh masa, prasiswazah pelajar antarabangsa, program asasi, diploma, pascasiswazah dan pengajian separuh masa.

Kemasukan pelajar kali ini dilihat berbeza dengan sebelumnya kerana kini segalanya telah kembali seperti sebelum wabak melanda. Jika sebelum ini, pendaftaran dilakukan secara atas talian disebabkan oleh penularan wabak covid 19 namun kini setelah 2 tahun, akhirnya para pelajar dapat merasai sendiri pengalaman masuk ke alam universiti. Keterujaan jelas terpapar di wajah mereka. Pada sesi 2022/2023 program bacelor yang ditawarkan terdiri daripada 1,163 pelajar lelaki dan 2,437 pelajar perempuan.Bagi Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu, seramai 84 pelajar telah mendaftar.

Proses kemasukan pelajar berjalan dengan lancar di kolej kediaman masing-masing kerana adanya bantuan daripada Majlis Perwakilan Kolej (MPK) yang banyak menyumbang tenaga bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran .

Proses pendaftaran sesi 2022/2023 ini berjalan mengikut prosedur pasca covid19 yang disarankan oleh kerajaan iaitu pemakaian pelitup muka adalah bergantung kepada diri masing-masing dan tidak lagi diwajibkan. Para pelajar dan ibu bapa juga tidak perlu lagi mengikuti penjarakan sosial. Ini bergantung pada diri individu.

Kesimpulannya, kemasukkan pelajar baharu kali ini telah memberi kegembiraan kembali kepada para pelajar.

Tarikh Input: 23/11/2022 | Kemaskini: 23/11/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcQAP~