Kesilapan Dalam Membina Kerjaya Yang Perlu Anda Elak | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Kesilapan Dalam Membina Kerjaya Yang Perlu Anda Elak

Kesilapan Dalam Membina Kerjaya Yang Perlu Anda Elak

Oleh : Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin K.B.;P.A.

Membina kerjaya adalah satu usaha yang sangat menitikberatkan komitmen yang tinggi bagi seorang pelajar. Ini kerana melibatkan persediaan emosi, mental, dan fizikal bagi setiap pelajar. Seawal usia 15 tahun, pelajar perlu didedahkan dengan komitmen dan usaha dalam membina kerjaya mereka. Dalam usaha membina kerjaya, pelajar akan mengalami kesilapan yang perlu dielak oleh mereka. Maklumat ini sangat penting sebagai panduan dan pelajar boleh mengatasinya dengan lebih awal. Berikut adalah kesilapannya ;-

1. Tidak membina matlamat kerjaya. Pelajar kurang maklumat berkenaan membina matlamat kerjaya yang spesifik dan jelas.

2. Pelajar tercari-cari minat kerjaya yang sebenarnya, malah kurang faham maksud minat kerjaya. Pelajar menganggap perkara yang dia suka buat itu tidak memberi makna apa-apa dalam usaha membina kerjaya.

3. Pelajar juga keliru memilih minat kerjaya yang bersesuaian dengan diri mereka kerana terlampau banyak minat dalam pelbagai bidang kerjaya. Mereka mempunyai banyak minat namun cetek maklumat tentang setiap kerjaya yang mereka minat.

4. Pelajar sering berasa takut dan kurang yakin dalam memcuba perkara baru terutama sekali bidang kerjaya yang tiada dalam lingkungan pengajian, keluarga dan sahabat. Pelajar telah hadkan diri kepada perkara atau bidang kerjaya yang merasakan selesa dan senang bagi mereka.

5. Pelajar tidak aktif dalam menjalankan kajian bagi setiap kerjaya yang ingin diceburi. Mereka lebih tertumpu dapatkan maklumat secara ‘hearsay’ dan contoh daripada keluarga terdekat sahaja.

6. Pelajar tidak jelas dengan potensi dan personaliti diri. Dan ini menyebabkan pelajar mudah hilang fokus dan kurang sedar dengan kelebihan pada diri serta sukar membuat kesesuaian personaliti diri dengan minat kerjaya mereka.

Kesilapan ini akan memberikan impak yang kurang berkesan kepada pembinaan kerjaya seseorang dan boleh mengganggu keputusan kerjaya yang bakal dibuat.

 

Tarikh Input: 31/05/2024 | Kemaskini: 31/05/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
X, (02:07:40pm-02:12:40pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]