Membina Kekuatan Mental | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Membina Kekuatan Mental

Membina Kekuatan Mental

Oleh : Haniff bin Abdullah Hashim

Individu sering menjaga kesihatan fizikal dengan bersenam, menjaga pemakanan, melakukan pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Namun ramai masih keliru bagaimana mahu menjaga kesihatan mental. Salah satu penjagaan kesihatan mental adalah dengan memperkuatkan mental dengan latihan berterusan. Jika otot manusia memerlukan protein dan latihan mengangkat bagi membina kekuatannya. Mental perlu pula kepada latihan rasionalisasi pemikiran berterusan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah atau tekanan. Antara latihan yang boleh dibuat oleh individu adalah dengan

1) Mengelakkan tingkahlaku sabotaj diri sendiri – kerap kali apabila seseorang cuba untuk berfikiran positif rasional dan positif. Pada ketika itu jugalah dia melakukan tingkah laku mensabotaj diri sendiri dengan mengelakkan diri dari berhadapan dengan masalah, malu untuk menyuarakan pendapat, mendiamkan diri, dan menimbulkan konflik dalam komunikasi. Cubalah untuk menyelaraskan antara pemikiran dan tingkahlaku. Bagi mendapatkan pemikiran positif, rasional dan kuat maka tingkahlaku perlulah selaras dengan pemikiran tersebut.

 

2) Hentikan kata-kata dalaman yang negatif – apabila terdapatnya kata-kata dalaman yang negatif. Perkara ini akan sentiasa meransang emosi untuk sentiasa merasa sedih, kasihan pada diri sendiri, murung, resah, tidak selesa dan sebagainya. Mengawal perkara ini bukanlah sesuatu mudah, namun tidak mustahil. Mungkin perkara ini sudah menjadi kebiasaan pada diri seseorang, terutamanya individu yang sepanjang menjadi dewasa penuh dengan kritikan dari keluarga, rakan dan persekitara. Cuba untuk berdialog denagn diri sendiri dan memberi keyakinan pada diri sendiri. Lama kelamaan anda akan membina kekuatan dari dalam (lokus kawalan dalaman) berbanding bergantung kepada persepsi luaran.

3) Menyedari berkenaan pemikiran – kerap kali pemikiran berjalan di luar kawalan dan kesedaran. Pemikiran terutamanya pemikiran negatif automatik (Automatic negative Though) berlegar dalam minda tanpa dikawal dan dinilai. Ramai beranggapan bahawa pemikiran ini tidak dapat dikawal. Hakikatnya pemikiran ini adalah skrip yang dimainkan hasil dari pemerhatian, persepsi, timbang tara dan rumusan daripada pengalalam dan peristiwa yang terjadi di dadalam diri. Pemikiran tanpa timbang tara dan dipersoalkan akan menghasilkan kekeliruan dan ketidaktentuan emosi. Oleh itu penting untuk seseorang menganalisa pemikirannya, dan menilai semula pemikirannya adakah menggalakkan kepada kekuatan mental atau menyumbang kepada ketidaktentuan emosi.

Ini adalah merupakan langkah cadangan dalam memperkuatkan pertahanan emosi seseorang. Adalah digalakkan untuk individu berjumpa dengan kaunselor atau pihak beruatoriti bagi mendapatkan keterangan lanjut. Setiap orang mempunyai cabaran, persekitaran dan corak pemikiran yang berbeza. Faktor-faktor ini menjadikan manusia unik dan berbeza pemicu kepada isu kesihatan masing-masing. Oleh itu sangat memahami personaliti, potensi, minat dan faktor yang boleh memperkuatkan mental dan fizikal masing-masing. 

Tarikh Input: 15/12/2021 | Kemaskini: 15/12/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcPAu~