Oleh : Encik Haniff bin Abdullah Hashim K.B.;P.A.
Ramai masih terbelenggu dengan sikap suka menangguhkan kerja. Antara puncanya adalah pada pemikiran mereka sendiri, ada yang fikir kerja-kerja yang ditangguh pada akhirnya kelak pasti dapat disiapkan. Juga terdapat kes kerana tidak mahu dibebankan kerja yang berterusan sekiranya menyiapkan kerja lebih. Pada pendapat mereka lebih cepat kerja disiapkan akan lebih banyak kerja yang akan diberikan selepas itu. Maka pusingan-pusingan menangguh kerja ini berterusan dari masa ke semasa. Sikap suka bertangguh juga mungkin boleh disebabkan oleh perasaan terlalu inginkan kesempurnaan, sehingga mengambil keputusan sekiranya tidak sempurna lebih baik tidak disiapkan, atau hanya akan dihantar hanya apabila sempurna kelak.
Walau apa pun penyebabnya ternyata sikap bertangguh ini lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding dengan kebaikan. Antara akibatnya adalah penilaian prestasi kerja yang rendah, sukar memenuhi tanggungjawab yang diberikan, gagal menyelesaikan tugas dan membebankan rakan sekerja/sekalas yang lain.
Masalah bertangguh ini membelenggu sebanyak 25 peratus pekerja . Manakala 50 peratus pelajar kolej/universiti berhadapan dengan permasalahan yang sama. Kunci keluar dari belenggu kerja bertangguh ini adalah dengan kesedaran untuk berubah dan kesediaan keluar dari zon selesa.
Apabila mendapat sesuatu tugasan. Apa yang ada dalam minda adalah halangan, kesukaran, kurang yakin, diluar kemampuan dan sudah menjangkakan akibat negatif kerja-kerja yang tidak berjaya diselesaikan. Akibatnya, ada yang membuat keputusan untuk menyingkirkan rasa tidak selesa tersebut, dengan menangguhkan kerja atau tidak membuat kerja tersebut langsung. Apabila sudah didesak dan terdesak baharulah memulakan kerja seperti yang diamanahkan. Hasilnya kualiti kerja tidak memuaskan.
Tingkahlaku bertangguh ini hasil dari pemikiran negatif automatik. Pada sesetengah keadaan, pemikiran negatif ini tidak dapat dielakkan. Solusinya adalah dengan merasionalkan kembali pemikiran tersebut. caranya adalah dengan cuba fahami tugasan yang baharu diberikan. banyak situasi di mana ekspektasi penerima tugasan melebihi dari kehendak tugasan yang diberikan.
Apabila pemikiran sudah rasional dan jernih. fikirkan kelebihan atau kepuasan yang bakal diperolehi sekiranya dapat menyelesaikan pekerjaan tersebut. ramai beranggapan bahawa tugasan adalah satu beban. sebaliknya jarang menanggapi tugasan adalah salah satu cara meningkatkan kemahiran diri dan peluang keluar dari zon selesa.
Cerakinkan tugas kepada tugas-tugas kecil. sekiranya tempoh masa masih panjang. Bahagikan pula kepada kelompok-kelompok tugas kecil. Kemudian mulailah usahakan menyiapkan tugasan sedikit-sedikit demi. Fokus kepada tugasan semasa, usah fikir dahulu pada tugasan seterusnya sebelum tiba masanya. Pada akhir setiap tugasan kecil. rehat sebentar, sebelum memulakan tugasan kecil yang baharu.
Terdapat dua perkara yang menggalakkan sikap bertangguh. Pertama kerana memikirkan tugasan terlalu sukar untuk dilaksanakan dan kedua adalah kerana tugasan terlalu mudah untuk dijalankan dan boleh dilakukan pada saat akhir. Jadi tanggapilah tugasan dengan sikap sederhana, katakan pada diri tiada kerja yang terlalu sukar, tiada tugasan yang terlalu mudah. Bersikap adil kepada setiap tugasan, supaya setiap tugasan dapat disiapkan dengan baik.
Tugasan adalah tanggungjawab. Mahu atau tidak, wajib diselesaikan. Satu lagi masalah sering dihadapi individu adalah terlalu inginkan kesempurnaan. sedangkan agak mustahil untuk mencapai kesempurnaan dalam menjalankan tugasan. Individu perlu menurunkan penanda aras, dan mengukur baju di badan sendiri. berdasarkan ruang lingkup masa yang ada. cubalah buat yang terbaik, selebihnya adalah diluar kemampuan. Walau Bagaimanapun, ini bukanlah lesen untuk bersikap sambil lewa. Sebaliknya menangguh kerja boleh sahaja meninggalkan kesan positif. sekiranya sekadar sebentar dan memerlukan masa untuk merehatkan minda dan fizikal sebentar. namun sekiranya terlalu kerap sehingga menganggu tugasan dan menuju ke arah ketagihan. perlulah dicari jalan penyelesaian terbaik. intervensi yang terbaik adalah dengan mengamalkan disiplin dan menstrukturkan tugasan dengan sebaiknya. namun, setiap usaha baik, pasti akan ada halangan. setiap kali mendisiplinkan diri dan mengubah minda. Cubalah untuk menilai kembali tindakan penambahbaikan yang boleh dilakukan. usahlah putus asa dengan diri sendiri. sebaliknya cubalah meyakinkan diri sendiri bahawa pasti akan dapat mengawal tngkahlaku dengan baik dan seterusnya.
Tarikh Input: 30/08/2024 | Kemaskini: 30/08/2024 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia