Mengurus Jadual Mingguan Anda | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Mengurus Jadual Mingguan Anda

Mengurus Jadual Mingguan Anda

Pernahkah anda sering terlepas moment penting untuk dirai dalam kehidupan anda? Rasa nak marah tapi kene sabar kan. 

Ya, begitulah rasanya.. Jom kita susuan jadual mingguan supaya anda tidak lagi terlepas perkara-perkara penting dalam hidup anda meskipun sangat sibuk dengan tuntutan kerja serta tanggungjawab yang lain. Bagaimana nak Menyusun?

Tembok Masa Fokus : (90min -120min)

Tembok Fokus ini digunakan untuk anda mencari idea, berkarya atau masa yang memerlukan anda memberikan fokus yang tinggi. Ini adalah ruangan peribadi yang anda perlukan untuk mengisi atau mencari ruang baru dalam diri anda.

 

Tembok Masa Intervensi : Ikut Situasi

Tembok Intervensi ini amat penting kepada kesihatan mental dan psikologi anda. Inilah masanya untuk anda menggunakan waktu ini supaya dapat mengemablikan motivasi diri anda. Bersenamlah, bermeditasi atau lakukanlah apa sahaja aktivti yang anda suka. Tembok masa intervensi ini adalah tembok masalah pemulih dan anda sememangnya amat memerlukannya!

 

Tembok Masa Urus : (30-60min)  

Tembok Urus ini digunakan apabila anda perlu mneguruskan perkara-perkara kecil tetapi sangat penting. Contohnya mengasingkan resit-resit penting, membuat senarai semak rujukan yang membantu anda atau menguruskan buku-buku terpakai demi untuk mendapatkan keselesaan bilik anda.

 

Tembok Masa Sosial : (90 – 120 minit)

Tembok Sosial ini sangat penting bagi membantu anda saling berhubung meskipun anda sangat sibuk. Gunakanlah tembok masa sosial ini untuk anda menghubungi rakan-rakan yang telah lama tidak berhubung. Boleh juga anda gunakan tembok sosial ini untuk bertemu dengan rakan-rakan terdekat dan saling bertanya khabar.

 

 

Tarikh Input: 28/06/2022 | Kemaskini: 28/06/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcRA2~