Mengurus Konflik Dalam Organisasi | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Mengurus Konflik dalam Organisasi

Mengurus Konflik dalam Organisasi

Oleh : Encik Mohamad Za’im bin Rosli K.B.;P.A.

TIP S.A.L.A.M

Persatuan anda hampir karam? Konflik sana sini? Apabila berlaku sesuatu konflik dalam organisasi, anda perlu relaks, tenang, sentiasa ingat, mana-mana organisasi juga hadapi perkara yang sama. Jadi jom kita pelajari tip mudah urus konflik dalam organisasi.

STATE

Tip pertama adalah state iaitu menyatakan konflik yang sedang berlaku. Sebagai pemimpin dan ahli dalam organisasi, anda perlu berani dan bersikap bertanggungjawap terhadap organisasi dengan menyatakan konflik yang sedang dihadapi.

ADMIT & AGREE

Setiap daripada ahli dalam organisasi perlu juga berani mengakui akan konflik yang berlaku dan bersetuju untuk menyelesaikannya secara bersama. Tindakan mendiamkan atau menafikan sesuatu konflik yang sedang berlaku hanya akan menambah barah dalam perhubungan sesama ahli.

LISTEN & LEAD

Setiap ahli juga perlu menetapkan mode diri kepada bersedia untuk mendengar dan memimpin konflik kepada penyelesaian. Beri ruang kepada setiap ahli untuk menyuarakan pandangan dan cadangan penyelesaian. Menyelesaikan konflik dalam organisasi bukan terletak pada bahu ketua semata-mata, bahkan ianya adalah tindakan secara kolektif.

ADVISE

Sewaktu melontarkan kata-kata, ahli perlu bijak memilih kata-kata yang sesuai dan melihat sesuati dengan rasional bukannya emosional. Memberi komentar atau nasihat membina antara satu sama dapat meredupkan suasana yang tegang.

MUSYAWARAH

Ahli dalam organisasi juga perlu mengamalkan kaedah musyawarah atau perbincangan dalam menyelesaian sesuatu perkara bagi mengurangkan disagreement atau salah salah faham sesama ahli. Selain itu, kaedah ini juga secara tidak langsung meninggikan rasa dihargai dan kepunyaan dalam kalangan ahli.

Tarikh Input: 28/02/2025 | Kemaskini: 28/02/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (02:13:21pm-02:18:21pm, 26 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]