Menjauhkan Diri Daripada 'Toxic People' | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Menjauhkan Diri Daripada 'Toxic People'

Menjauhkan Diri Daripada 'Toxic People'

Pernahkan anda mendengar istilah ‘toxic people’?  Jika dibiarkan terlalu lama mereka ini akan menjadi racun dalam kehidupan anda. Tidak kasihankah anda pada diri sendiri? Antara sifat-sifat individu toksik ialah mereka yang bersifat tidak menyenangkan seperti manipulatif, penuh dengan drama, dan sering berfikiran negatif. Berikut merupakan antara tips yang boleh anda gunakan untuk keluar dari kepompong mereka yang toksik.

  1. Utamakan diri sendiri.

Perkara utama yang perlu kita lakukan ialah mengutamakan diri sendiri. Walaupun ada yang beranggapan sikap tersebut ialah mementingkan diri sendiri namun jika seseorang itu memberi kesan buruk kepada kita, wajar untuk kita menjauhinya. Rasa kasihan pada diri sendiri akan membuatkan kita lebih gembira menjalani kehidupan seharian.

  1. Elakkan berhubung dengan mereka

Sekiranya anda mempunyai rakan yang toxic atau rakan kerja yang toksik anda perlu mengelakkan diri dari terus berhubung dengan mereka. Jika tidak mempunyai sebarang kepentingan tidak perlu untuk terus menghubungi mereka. Dengan ini, kesihatan menta anda terpelihara.

  1. Mengetahui persekitaran anda sebaiknya.

Nilai sendiri sama ada persekitaran anda itu memberi kesan positif atau sebaliknya. Persekitaran positif sangat penting bagi mengelakkan kita terus berada di dalam kalangan mereka yang 'toxic'. Jangan kekal di dalam kalangan racun-racun kehidupan. Perhatikan sama ada persekitaran anda tu menyokong atau lebih banyak menjatuhkan.

  1. Bergaul dengan mereka yang positif,

Anda perlu sentiasa bergaul dengan mereka yang positif. Contoh mereka yang positif ialah mereka yang menyokong anda, tidak mengkritik terlalu keras, dan mengeluarkan kata-kata yang baik. Persekitaran positif sangat penting agar kesejahteraan anda terjamin. Pemilihan rakan-rakan yang positif sangat membantu dalam memastikan kesihatan mental yang lebih baik.

Kesimpulannya, walaupun sukar untuk keluar daripada persekitaran 'toxic' namun percayalah pasti ada cara untuk mengatasinya.

 

Oleh : Farah Najwa

Tarikh Input: 01/11/2022 | Kemaskini: 01/11/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcCAx~