Oleh : Puan Kemelia binti Omar K.B.;P.A.

Muzik boleh mewujudkan perbezaan kepada perasaan dan emosi. Muzik boleh membantu individu yang sedang mengalami tekanan dan kegelisahan yang disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi. Terapi muzik pada asasnya adalah mekanisme penyembuhan yang digunakan ahli terapi yang bertauliah. Melalui kemahiran menggunakan muzik, ia dapat meningkatkan, memulihkan dan mengekalkan aspek kesihatan pesakit. Ini melibatkan fizikal, emosi, psikologi, perasaan dan juga rohani.
Muzik dipercayai dapat mempengaruhi emosi dan mampu meningkatkan neurokimia dalam badan termasuk endorfin baik. Terapi muzik juga dikenali sebagai terapi muzik aktif atau terapi muzik pasif, menunjukkan keupayaan untuk memperbaiki kawalan motor dan fungsi emosi kepada pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit atau ketidakupayaan. Dari kes Skizofrenia sehingga kepada penyakit Parkinson, penggunaan muzik dapat membantu mengurangkan simptom semula jadi bagi masalah kesihatan seperti kemurungan, atau kegelisahan, membantu menaikkan kreativiti, dan mempertingkatkan komunikasi antara pesakit dengan penjaga dan pelbagai manfaat lain.
Terapi muzik berbeza daripada hanya mendengar muzik. Persatuan Terapi Muzik Amerika mentakrifkannya sebagai "penggunaan intervensi muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat individu dalam hubungan terapeutik oleh profesional. Seorang ahli terapi muzik boleh menilai keperluan individu dan kemudian menyesuaikan intervensi muzik secara khusus kepada mereka pada masa ini. Ia lebih berkesan dalam melegakan tekanan, berbanding dengan mendengar muzik sendiri.
Dalam erti kata lain, terapi muzik secara khusus menyasarkan matlamat kesihatan psikologi atau fizikal individu yang unik dalam persekitaran klinikal, dan ia dilakukan oleh ahli terapi muzik profesional. Teknik yang digunakan dalam terapi muzik termasuk mendengar muzik untuk menimbulkan emosi, membuat muzik secara individu atau dalam kumpulan, menyanyi, improvisasi dan banyak lagi.
Terapi muzik telah digunakan secara meluas sebagai rawatan di kebanyakan hospital abad pertengahan tamadun Islam, dengan salah satunya ialah Bimaristan al-Mansuri Kaherah Mesir. Terapi muzik di hospital ini dilakukan oleh sebuah kumpulan pemuzik yang diberi gaji bulanan sebagaimana yang diperuntukkan oleh dokumen wakaf. Rawatan terapi muzik di hospital ini adalah bertujuan untuk menenangkan, mengurangkan simptom atau kesakitan dan membantu proses pemulihan pesakit. Dengan demikian, terbukti rawatan terapi muzik yang dilaksanakan di Bimaristan al-Mansuri berstatus rawatan komplementari atau pelengkap kepada rawatan konvensional iaitu penggunaan ubat-ubatan dan pembedahan.
Manfaat terapi muzik
Kesimpulannya, terapi melalui alunan muzik telah dikenal pasti mempunyai manfaat terapeutik terhadap mental manusia, bahkan mampu menambah baik tahap kesihatan dan kualiti kehidupan seseorang individu.
Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia