Pemilihan Kerjaya Yang Tepat | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Pemilihan Kerjaya Yang Tepat

Pemilihan Kerjaya Yang Tepat

Oleh : Puan Izwana Ismail

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada pekerjaan atau profesion yang perlu dipilih sebagai cara untuk menyara kehidupan atau mencari nafkah hidup. Oleh itu, pekerjaan amat penting bagi seseorang kerana dengan pekerjaan inilah, dia dapat menyara kehidupannya dan menikmati hasil titik peluhnya. Tanpa pekerjaan maka kehidupan seseorang itu akan berada dalam situasi yang sukar dan buntu.

Namun begitu, pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti dan kebolehan diri sangat penting kerana bekerja bukan untuk tempoh yang sementara tetapi untuk jangka masa yang Panjang. Biasanya purata  umur manusia adalah 65 tahun. Jika lebih dari itu, maka bonus untuk anda. Kebanyakan manusia menghabiskan kehidupan mereka dengan bekerja.

Bayangkan dari umur  tamat belajar iaitu dalam lingkungan 20an hingga mencapai umur pencen iaitu 60 tahun, anda menghabiskan masa selama 40 tahun untuk bekerja. Jika kerjaya yang anda pilih di awalnya bukanlah bidang yang anda minat, bayangkan anda perlu menghabiskan hampir 40 tahun untuk menjalani dunia pekerjaan. Jika anda tersalah pilih kerjaya maka anda mengheret kaki setiap hari untuk pergi bekerja. wujudnya term ‘Monday Blues’ setiap kali selepas cuti hujung minggu, kejadian-kejadian menjerit, mengeluh setiap kali bangun tidur dan rasa cepatlah nak balik setiap petang dan akhirnya mengganggu kesejahteraan emosi

Jika anda betul-betul minat  dengan apa yang dilakukan, pasti tidak perlu mengheret kaki untuk ke pejabat, mencipta alasan untuk tidak pergi kerja dan menipu bos dengan mengambil MC di klinik.

Pemilihan kerjaya yang sesuai dengan anda bermula dari sebelum zaman belajar lagi. Anda perlukan beberapa ujian kerjaya atau kaji kecenderungan minat sebelum menentukan kos mana yang ingin disambung. Sebab itu kenapa dari zaman sekolah lagi, kaunselor menekankan kenapa anda perlu buat ujian Inventori Kerjaya.

Pemilihan bidang kerjaya yang tepat bukan sahaja membuatkan anda lebih gembira, malah tidak membuang masa anda melalukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka.Bukan sahaja anda menyusahkan diri sendiri, anda juga telah merugikan wang syarikat. Mereka terpaksa membayar anda dalam keadaan prestasi anda makin menurun dari hari ke hari.

Buat pilihan yang tepat dan bekerjalah dengan gembira.

Tarikh Input: 20/12/2022 | Kemaskini: 20/12/2022 | azurani

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEbXAh~