Pengurusan Emosi : Runtuhkan Tembok Egomu | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Pengurusan Emosi : Runtuhkan Tembok Egomu

Pengurusan Emosi : Runtuhkan Tembok Egomu

Oleh: Puan Izwana Ismail          

Mari kita berfikir sebentar, pernahkah kita merasai..apabila bangun di waktu pagi..kita rasa seperti ada sesuatu yang menyesakkan jiwa..rasa tidak tenang..pernafasan jadi sedikit sempit..rupanya ada sesuatu yang mengganggu tanpa kita sedari..kita jadi tidak tenang kerana ada ego yang kita simpan..kita tidak melepaskan ego itu..kerana kita merasakan kita tidak bersalah..kita yang betul.

Ramai orang sukar untuk memecahkan tembok penghalang kerana sayangnya pada EGO. Runtuhkan ego..pecahkan tembok penghalang. Dengan adanya tembok penghalang ini menyebabkan emosi kita jadi tidak menentu.

Setiap orang mempunyai ego, tetapi segalanya bergantung bagaimana kita cuba untuk mengawalnya. Ada orang yang Berjaya untuk mengawal ego, namun ada juga yang tidak mmapu untuk mengawal ego tersebut.

Sifat ego yang ada dalam diri kita boleh merosakkan hubungan jika tidak diatasi. Selama ini, pasangan atau orang terdekat bersabar dengan sikap ego kita, namun begitu lama-kelamaan, orang akan menjauhkan diri kerana hati terluka dengan sikap ego kita.

Ego ini adalah sikap mementingkan diri, menganggap diri lebih dari orang lain dan merasakan diri lebih baik dari orang lain.

Cara untuk mengawal ego adalah dengan mengetahui apa yang menyebabkan kita ego..adakah kita rasa kita paling terbaik dan manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan. Apabila kita mengetahui tahap ego kita, maka kita perlu wujudkan empati supaya kita cuba untuk memahami perasaan orang lain.

Selain itu, kita juga perlu belajar untuk bersabar dengan sesuatu yang berlaku dalam hidup kita. Ini kerana jika kita bersabar, kita sedang berdamai dengan ego dalam diri kita.

Berhenti untuk membuat perbandingan dengan orang lain dan berprasangka baik dengan orang lain sopaya ego kita terkawal.

Kita juga perlu belajar untuk berlapang dada menerima pandangan daripada orang lain. Perkara-perkara ini kita boleh lakukan untuk mengawal ego supaya kita jadi lebih tenang.

 

Tarikh Input: 08/12/2020 | Kemaskini: 23/08/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcWAf~