PERSEDIAAN DIRI SEBELUM BEKERJA | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » PERSEDIAAN DIRI SEBELUM BEKERJA

PERSEDIAAN DIRI SEBELUM BEKERJA

Penulis : Izwana binti Ismail K.B,P.A

Sebagai seseorang yang akan mula bekerja, terdapat beberapa persiapan yang perlu dilakukan agar dapat bekerja dengan efektif, antaranya ialah :

1. Memastikan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Ini penting untuk mengekalkan stamina dan fokus semasa bekerja. Kesihatan fizikal dan mental itu berkait rapat seperti badan yang sihat dapat membina minda yang sihat, dan boleh terjadi sebaliknya. Contohnya apabila melakukan aktiviti bersenam tidak semestinya perlu ke pusat senaman seperti gimnasium dan ia boleh lakukan di mana sahaja aktiviti senam di ladang tanaman, bermain bola, menaiki menurun tangga, bermain bersama anak-anak dan pelbagai aktiviti lagi.

2. Sediakan alatan dan peralatan yang diperlukan untuk tugasan tertentu. Sebagai contoh, jika anda bekerja di pejabat, pastikan anda mempunyai komputer riba atau komputer yang cukup besar dan selesa untuk digunakan, serta capaian internet yang stabil yang membolehkan proses kerja menjadi sistematik dan menjimatkan masa.

3. Sediakan jadual kerja yang tetap dan konsisten. Ini membantu mengelakkan tugasan berulang dan memastikan semua kerja disiapkan tepat pada masanya. Dengan adanya jadual yang sistematik, usaha anda akan tetap mengalir seperti air sungai yang cantik.

4. Mengekalkan persekitaran kerja yang bersih dan selesa. Ini termasuk meja yang kemas dan kawasan kerja yang bebas daripada gangguan dan bunyi bising. Meletakkan sesuatu benda atau alatan yang boleh meningkatkan semangat bekerja juga merupakan satu perkara baik yang boleh dilakukan.

5. Sediakan diri anda dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan tertentu. Ini melibatkan pembelajaran dan latihan yang diperlukan untuk bekerja dengan berkesan dan cekap.

Semoga ini memberi manfaat buat anda semua!

Tarikh Input: 30/03/2023 | Kemaskini: 27/02/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEdBAT~