Petua Pengucapan Awam Untuk Pelajar Introvert | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Petua Pengucapan Awam Untuk Pelajar Introvert

Petua Pengucapan Awam Untuk Pelajar Introvert

Oleh : Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin K.B,P.A

Individu introvert sering dikaitkan dengan kaku ketika berkomunikasi dalam kelompok besar. Ada benarnya, namun ia bukanlah satu perkara yang menjadi halangan untuk individu ini untuk menyampaikan pengucapan awam dengan baik. Empat petua yang pastinya bakal membantu individu introvert ketika berucap dalam kelompok yang besar. Petuanya adalah seperti berikut :


1. Membuat kajian yang menyeluruh tentang topik yang ingin disampaikan. Membina jangkaan persoalan tentang topik dan merangka jawapan berkenaan terlebih awal. Kajian yang dijalankan dengan membaca topik berkenaan dan mendapatkan pandangan daripada orang lain atau pakar.

2. Anda perlu buat latihan memberi ucapan dihadapan orang lain atau cermin sebagai persediaan awal. Dengan ini, anda akan dapat pertingkatkan diri dari segi ucapan anda. Pandangan atau idea orang lain tentang ucapan anda akan membantu ucapan anda lebih baik dan anda berasa lebih selesa dalam menyampaikan ucapan dalam situasi sebenar.

3. Ucapan yang disediakan akan lebih mudah disampaikan dalam bentuk ‘point’ atau langkah demi langkah. Ini akan mengurangkan rasa gemuruh individu introvert yang boleh menyebabkan gangguan dalam menyampaikan intipati topik.

4. Petua keempat ini amat penting buat individu introvert iaitu menyediakan nota atau kertas bersama ketika dalam penyampaian. Ini kerana alat tersebut menjadi teman dan panduan untuk individu ini bagi menghilangkan rasa kurang yakin apabila berucap.
Semoga petua diatas memberi impak yang berguna buat si introvert. Selamat mencuba!

Tarikh Input: 25/09/2023 | Kemaskini: 25/09/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcVAf~