Rahsia Menjadi Rakan Yang Baik | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Rahsia Menjadi Rakan Yang Baik

Rahsia Menjadi Rakan Yang Baik

 

Oleh : Pn. Kemelia Omar

 

Mencari sahabat itu sama susahnya dengan mencari pasangan. Tidak semua orang yang anda temui bisa menjadi sahabat baik. Sebelum anda mengharapkan orang lain bisa menjadi sahabat terbaik, anda yang harus menjadi sahabat terbaik bagi orang lain terlebih dahlulu. Dengan begitu, sahabat sejati akan muncul dengan sendirinya di hadapan anda. Berikut dikongsikan rahsia menjadi sahabat yang baik. Semoga bermanfaat!

 

 1. Anda tidak perlu menjadi popular. Cuba bersikap positif dan mesra supaya orang lain akan berasa selesa di samping anda.

 

2. Orang yang bijak menyimpan rahsia adalah orang yang paling menyenangkan. Jika ingin dipercayai, belajarlah untuk tidak membocorkan rahsia orang Jadi, jangan pernah mengkhianati kepercayaan rakan-rakan terhadap anda.

 

3. Berfikir dahulu sebelum anda mengeluarkan kata-kata. Jika tidak, orang di sekeliling anda mungkin akan mudah tersinggung dengan apa yang anda katakan.

 

4. Seseorang yang tidak mampu menepati janji tidak akan boleh menjadi sahabat yang Oleh itu, cubalah untuk menepati semua janji atau perkataan yang anda ucapkan. Percayalah, seseorang yang suka menepati janji pastinya mempunyai banyak teman.

 

5. Kenali rakan dan keluarga rakan anda. Oleh itu, anda akan mempunyai lebih ramai rakan dalam kalangan rakan sosial

 

6. Sentiasa menunjukkan adab dan jangan menilai orang dari rupa atau hanya kerana mereka berbeza. Anda akan kehilangan banyak persahabatan yang indah jika anda tidak memberi peluang kepada orang Menghormati orang lain akan membuat diri anda menjadi lebih dihargai.

 

7. Yakin! Orang ramai cenderung tertarik kepada orang yang berkeyakinan. Anda akan lebih mudah untuk didekati jika anda boleh menghilangkan keraguan dalam diri.

Tarikh Input: 19/12/2022 | Kemaskini: 19/12/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcUAf~