RISIKO PINJAMAN WANG AH LONG DAN APLIKASI TELEFON PINTAR | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » RISIKO PINJAMAN WANG AH LONG DAN APLIKASI TELEFON PINTAR

RISIKO PINJAMAN WANG AH LONG DAN APLIKASI TELEFON PINTAR

Penulis : Mohamad Ashaari bin Awab K.B,P.A

Terdesak untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan, menyelesaikan hutang rakan, berjudi, membuat pelaburan untuk mendapatkan keuntungan segera dan modal berniaga merupakan antara alasan atau punca ada segelintir masyarakat terlibat dengan pinjaman Ah Long. Pada julai 2021 pihak Polis telah mengesan taktik baharu sindiket pinjaman wang tanpa lesen (ah long) yang menyediakan aplikasi di telefon bimbit untuk memudahkan lagi individu membuat pinjaman wang.
Namun begitu, tanpa disedari oleh peminjam, risiko yang mereka bakal hadapi adalah sangat tinggi. Antara risiko tersebut adalah;

  1. Tingginya kadar faedah: Kadar faedah untuk pinjaman ah long di Malaysia boleh menjadi sangat tinggi. Ini bermakna anda perlu membayar lebih banyak wang sebagai bayaran balik selain dari jumlah yang dipinjam.
  2. Kebocoran Data Peribadi: Merujuk kepada Laporan berita BERNAMA di bernama.com yang diterbitkan pada 7 Julai 2021, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Dato’ Mohd. Kamarudin menyatakan, pihaknya menerima tiga laporan daripada mangsa yang membuat pinjaman melalui aplikasi berkenaan dan menerima pelbagai ugutan termasuk menggunakan gambar serta data peribadi mereka selepas gagal melunaskan bayaran.Beliau berkata, peminjam yang menggunakan aplikasi itu tidak sedar bahawa mereka telah memberi kebenaran kepada sindiket untuk mengakses maklumat yang ada di dalam telefon bimbit seperti gambar dan nombor telefon individu lain.“Sindiket ini akan menghubungi keluarga atau rakan-rakan untuk membuat ugutan sekiranya peminjam gagal membuat bayaran.“Kebanyakan pengguna (peminjam) tidak akan membaca syarat yang dinyatakan (ketika membuat pinjaman) dan hanya memberi persetujuan bagi membolehkan mereka menggunakan aplikasi tersebut,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
  3. Potensi penipuan: Terdapat risiko penipuan yang besar ketika melibatkan pinjaman wang berlesen. Ia memerlukan anda untuk menunjukkan dokumen peribadi seperti bil telefon atau lesen memandu, yang boleh disalahgunakan oleh kumpulan penipu.
    Oleh itu, sebelum memohon pinjaman wang, pastikan anda melakukan penyelidikan dan mendapatkan maklumat yang mencukupi mengenai syarikat yang ingin anda gunakan untuk mendapatkan pinjaman tersebut. Anda juga boleh merujuk kepada badan kawal selia yang berkenaan untuk memastikan bahawa syarikat yang di pilih mempunyai lesen sah. Namun, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah pengurusan kewangan yang efektif bagi memastikan anda tidak terlibat dengan jerat kewangan. Hubungi kaunselor atau pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan bantuan bimbingan kewangan adalah lebih baik.

Tarikh Input: 27/10/2023 | Kemaskini: 27/10/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcXAe~