SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN! | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN!

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN!

Bahagian Kaunseling UPM, mendoakan agar semua pelajar yang menduduki peperiksaan akhir ini kekal tenang dan fokus sepanjang peperiksaan berlangsung.

Jom ikuti tips belajar untuk menghadapi peperiksaan ini!

1. Sediakan rancangan pembelajaran mengikut jadual peperiksaan. Rancangan pembelajaran ini bukanlah untuk anda fokus sepenuhnya kepada ulang kaji subjek berkenaan tetapi untuk ulang siar secara umum ulang kali yang telah dibuat semasa minggu ulang kaji yang lalu. Lebih berfokus, lebih bersedia!

2. Kekalkan mood yang baik sepanjang minggu peperiksaan ini. Mood yang positif akan membuahkan minda yang tenang. Pastinya anda akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan ini.

3. Berehatlah secara berkala agar badan tidak terlalu penat dan letih. Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Bukan terlalu sedikit dan bukanlah terlalu banyak tidur. Tidur yang cukup membantu anda cergas dan cerdas!

4. Ruang pembelajaran yang selesa juga membantu anda dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Asingkan subjek-subjek yang telah selesai dan terus kekal fokus pada peperiksaan yang akan datang!

5. Pemakanan yang sihat amat membantu anda untuk fokus dan rilek sepanjang peperiksaan. Perut yang sihat dan selesa amatlah membantu anda tenang! Jangan lupa amalkan meminum air kosong untuk membantu anda kekal terhidrat dan aktif.

 

Semoga anda menggapai kejayaan!

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcTA6~