Senarai Semak Kesihatan Mental | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Senarai Semak Kesihatan Mental

Senarai Semak Kesihatan Mental

Sebagai manusia, keletihan mental itu adalah normal terutama dengan keadaan dunia yang tidak menentu. Kita haruslah ingat bahawa kita tidak berseorangan dalam menempuhi cabaran kesihatan mental kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apabila kita mengalami tekanan atau keletihan mental, terdapat beberapa perkara yang dapat membantu memperbaiki emosi dan kesihatan mental untuk membantu memberi hari kita lebih ketenangan. Berikut adalah senarai semak kesihatan mental yang boleh dikenalpasti.

1.Sudahkah anda rehat dan makan secukupnya?

Pertama sekali, tanyakan diri sekiranya anda sudah mendapat rehat atau makan secukupnya. Pemakanan yang sihat dan rehat yang cukup adalah amat penting untuk kesihatan mental yang baik.  

 

2. Sudahkah anda bersiar-siar dan menghirup udara segar?

Seterusnya, anda boleh menghirup udara segar dan bersiar-siar kerana ianya dapat memperbaiki mood dan emosi. 

 

3. Sudahkah anda berhubung dengan rakan terdekat atau pasangan?

Selain itu, anda perlulah berhubung dengan rakan terdekat atau orang yang tersayang. Ini adalah kerana berhubung dengan orang yang tersayang akan membantu mengingatkan anda bahawa anda tidak keseorangan. 

 

4. Sudahkah anda menjaga kebersihan diri?

Seterusnya, anda perlulah menjaga kebersihan diri seperti mandi dan menggosok gigi. Kadang kala, menjaga kebersihan diri dapat meningkatkan semangat dan memperbaiki emosi. 

 

5. Sudahkah anda berfikiran positif dan memuji diri sendiri?

Akhir sekali, anda perlulah berfikiran positif, bersangka baik dan memuji diri sendiri kerana pemikiran positif akan dapat menghasilkan emosi yang positif. 

 

~Sarah Lynn~

Tarikh Input: 12/07/2021 | Kemaskini: 12/07/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcXAw~