SERANGAN PANIK SEMASA MINGGU EXAM, APA PERLU SAYA BUAT? | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » SERANGAN PANIK SEMASA MINGGU EXAM, APA PERLU SAYA BUAT?

SERANGAN PANIK SEMASA MINGGU EXAM, APA PERLU SAYA BUAT?

Dikongsikan oleh : Pn. Anis Akmilah bt. Mat Hassan 

 

Serangan panik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. Serangan panik ialah  situasi yang berlaku apabila perasaan takut dan cemas yang tiba-tiba serta tidak munasabah sehingga menyebabkan gejala fizikal seperti jantung berdegup kencang, sukar bernafas serta berpeluh. Pelbagai punca boleh ‘trigger’ kepada berlakunya serangan panik antaranya faktor kesihatan mental dan emosi dan faktor persekitaran, lebih-lebih lagi situasi dalam musim peperiksaan.

 

Situasi ini bukanlah perkara yang boleh dijangka oleh itu, seseorang individu yang mengalami serangan panik ini perlu mengetahui apa yang perlu dilakukan bagi mengurangkan keresahan apabila berlaku. Kaedah paling utama yang disarankan oleh pakar kesihatan adalah dengan melakukan senaman pernafasan. Senaman pernafasan ini boleh dilakukan dalam apa jua keadaan dan kedudukan. Senaman pernafasan ini merupakan Teknik Bernafas secara Beritma yang mampu mambantu seseorang lebih rileks.

Jom kita ketahui bagaimana untuk melakukan Senaman Pernafasan agar kitab oleh melakukannya nanti.

  1. Menarik Nafas

Dalam keadaan berdiri mahupun duduk, anda mula menarik nafas secara oerlahan-lahan dalam kiraan 7. Nafas ditarik dengan mengembungkan perut, bukannya mengembangkan dada. Anda dapat rasakan apabila mula menarik nafas, perut akan menaik. Itu adalah kaedah yang betul untuk menarik nafas.

 

  1. Menahan Nafas

Setelah habis kiraan 7, anda boleh menahan nafas dalam kiraan 4. Waktu ini, cuba fokus sepenuhnya kepada pernafasan agar tumpuan untuk terganggu.

 

  1. Menghembus Nafas

Kemudian, anda menghembus nafas secara perlahan-lahan dalam kiraan 7.

 

Ulang 3 teknik senaman pernafasan ini sehingga and mula berasa tenang. Sebaiknya, anda boleh menutup mata semasa melakukan senaman ini kerana dengan menutup mata, anda boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada senaman pernafasan tanpa gangguan keadaan sekeliling anda. Selamat mencuba!

Tarikh Input: 30/01/2023 | Kemaskini: 30/01/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcJAK~