Study 101 : Belajar Dengan Bijak | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Study 101 : Belajar dengan Bijak

Study 101 : Belajar dengan Bijak

Ditulis oleh : Adreana Thomas

Pernahkah anda merasa cara belajar kita tidak efisyen? Mengapa kaedah belajar yang kita aplikasikan semasa sekolah tidak berkesan digunakan pada peringkat universiti? Bagi mencapai kecemerlangan akademik, pelajar haruslah merangka dan mengamalkan teknik belajar yang bijak.

Berikut merupakan beberapa tips belajar yang boleh dilaksanakan oleh pelajar dalam rutin belajar harian mereka untuk memastikan sesi ulangkaji menjadi lebih berkesan dan efisyen.

 

  1. Jangan membaca
  • Membaca semula nota yang telah dihasilkan tidak membuatkan kita terlibat secara aktif dengan bahan tersebut. Bagi memperoleh maklumat pembelajaran memerlukan penglibatan aktif iaitu proses membina makna daripada teks yang melibatkan penyambungan kepada kuliah, membentuk contoh dan mengawal pembelajaran sendiri.Memahami kitaran belajar yang betul.

 

  1. Belajar dengan tekun
  • Melihat nota sebelum kuliah, menghadiri kuliah, belajar dan memahami apa yang telah dipelajari.

 

  1. Silene isn’t golden
  • Cari tempat yang selesa untuk belajar. Bagi sesetengah individu, kawasan yang sunyi tidak sesuai bagi mereka untuk belajar. Carilah persekitaran yang sesuai dengan diri anda. Pembelajaran aktif memerlukan pelajar untuk membaca dengan kuat.

 

  1. Elakkan multitasking
  • Multi-tasking tidak membantu dalam meningkatkan efisyen seseorang dan ternyata memberikan impak yang negatif kepada perkara yang dihasilkan. Elakkan gangguan semasa belajar.

 

  1. Cari keselesaan
  • Cari tempat-tempat yang sesuai untuk anda belajar, tukar persekitaran dari masa ke masa, tetapkan masa dan tempat yang sesuai untuk mendorong anda belajar.

Tarikh Input: 12/01/2023 | Kemaskini: 12/01/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcXAe~