TEKNIK MENGEMAS RUANG KERJA UNTUK KETENANGAN JIWA | BAHAGIAN KAUNSELING UPM bkupm
» ARTIKEL » TEKNIK MENGEMAS RUANG KERJA UNTUK KETENANGAN JIWA

TEKNIK MENGEMAS RUANG KERJA UNTUK KETENANGAN JIWA

Oleh : Encik Haniff bin Abdullah Hashim K.B.;P.A.

Secara Purata seorang manusia menghabiskan masa 30% masa jaganya (tidak termasuk masuk waktu tidur di tempat kerja. manakala pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa persekitaran tempat kerja mempunyai peranan yang penting dalam memastikan kesejahteraan emosi pekerja. maka untuk memastikan tempat persekitaran tempat kerja dapat menjamin kesihatan mental seseorang. Individu boleh bermula dengan ruang kerjanya dahulu. berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam mengatur ruang kerja yang teraputik :

1) Bayangkan Tempat Kerja ideal

Pertama sebelum memulakan tindakan mengemas, menyusun, membuang dan sebagainya. bayangkan dahulu ruang tempat kerja yang teraputik untuk anda. Sekiranya perlu anda boleh melukis pelan. tidaklah perlu seperti pelan arkitek, sekadar anda bole faham sudah mencukupi. pelan ini penting untuk disesuaikan dengan ruang tempat kerja anda yang mungkin terhad. Mungkin perkara yang termasuk dalam pelan anda bertukar nanti, tidak mengapa. Ini adalah sekadar langkah awal. Elemen penting pada peringkat ini adalah pilih satu atau maksimum dua barang yang boleh memberikan inspirasi untuk anda membuat kerja. Mungkin barangan tersebut gambar keluarga, gambar pemandangan, pokok hidup, tiket kapal terbang atau apa sahaja yang apabila memandangnya boleh mendatangkan inspirasi atau ketenangan.

2) Pilih perkara yang hendak disimpan dan perkara perlu dibuang

langkah kedua ini, agak mencabar, memandangkan terdapat sesetengah individu amat sukar untuk membuang sesuatu. Akibatnya ruang kerja bersepah dengan perkara yang tidak digunakan atau tidak tahu bila mahu digunakan. jangan terburu-buru dalam langkah ini. Asingkan barangan mengikut kumpulan-kumpulannya. Contohnya alat tulis, barangan peribadi, earphone, buku dan sebagainya. Pilih maksimum dua barang bagi setiap jenis, seperti dua pen hitam, satu pen merah, stu pembaris, dan seterusnya. pastikan barangan tersebut diperlukan, sekiranya ragu-ragu dan tidak pasti bila akan digunakan anda letakkan di tempat lain (sekiranya ada) dan bukan di ruang kerja anda. Sekiranya tiada tempat, pertimbangkanlah untuk membuangnya terutamanya sekiranya anda telah menyimpannya dan tidak pernah menggunakannya dalam tempoh masa yang lama.

3) Cipta suasana di mana anda boleh fokus

Langkah ketiga ini mempunyai kaitan dengan langkah pertama. Ambil kembali pelan anda, kemudian tanyakan kepada diri anda. Apakah tujuan anda menyusun kembali tempat kerja anda. pastilah jawapan anda untuk mendapatkan ketenangan dan dapat fokus kepada kerja. Lihat kembali pelan anda, adakah susun atur yang anda bakal buat nanti akan dapat mencapai objektif. sekiranya tidak, anda boleh merubahnya kembali. Pastikan susun atur anda kelak realistik, dalam lingkungan bajet anda dan tidak memakan kos atau masa penyelenggaraan yang tinggi. kita tidak mahu isu penyelenggaraannya pula mendatangkan tekanan pada anda masa akan datang. Antara contoh perkara yang memerlukan penyelenggaraan adalah seperti pokok hidup, akuarium, terrarium dan sebagainya. Anda perlu ingat, anda tidak sentiasa berada di ruang kerja ada masanya anda cuti, sakit, terpaksa keluar bekerja di luar kawasan dan sebagainya. pastinya anda tidak mahu menyusahkan rakan sekerja yang lain untuk membuat kerja penyelenggaraan untuk anda.

4) Buat secara beransur-ansur

Buatlah langkah-langkah seperti yang dinyatakan secara beransur-ansur. usah sehingga mengganggu kerja hakiki. bahagikan kepada beberapa bahagian dahulu. Contohnya minggu ini untuk kemaskan laci sahaja, dua minggu lagi untuk menyusun atur barang di atas meja, bulan berikutnya fokus kepada rak dan sebagainya. pastinya anda akan merasa lebih puas apabila dapat merelasikan seperti mana yang anda rancang pada peringkat awal. Apabila telah beberapa lama susun atur yang sama, ulanglah kembali langkah pertama untuk mendapatkan persekitaran yang berbeza. Usah risau hatta anda bukanlah seorang minat berkemas, kerja-kerja menyusun atur ini juga anda boleh teroka sebagai bentuk merehatkan minda dari tugasan. Sekiranya anda mengambil masa beberapa lama untuk melayari media sosial, apa kata kali ini gunakan masa tersebut menyusun atur ruang kerja anda

5) kongsi pengalaman dengan rakan sekerja

Salah satu kepuasan dalam menyusun atur tempat kerja dengan kemas adalah dengan berkongsi perasaan dengan rakan sekerja yang lain. Anda boleh berkongsi dengan mereka, perasaan anda apabila mengubah persekitaran tempat kerja, dan mungkin juga boleh meminta pandangan mengenai elemen yang mungkin boleh dimasukkan dalam menjadikan ruang kerja lebih kondusif.

 

Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (09:59:29am-10:04:29am, 06 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]