TERAPI AROMA : TIP MUDAH MELEGAKAN TEKANAN | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » TERAPI AROMA : TIP MUDAH MELEGAKAN TEKANAN

TERAPI AROMA : TIP MUDAH MELEGAKAN TEKANAN

Oleh : Puan Kemelia binti Omar K.B.;P.A.

Terapi aroma terhasil daripada gabungan dua perkataan iaitu aroma yang bermaksud haruman atau wangian. Manakala, istilah terapi pula bermaksud merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk merawat masalah kesihatan tertentu.

Terapi aroma dipercayai telah mula digunakan sejak berabad-abad lamanya. Penggunaannya telah dikenalpasti sejak zaman Mesir kuno (2000 tahun SM), China (Dinasti Ching di zaman Gangsa), Parsi, Babylon serta bangsa Yunani (Greek) ribuan tahun dahulu sebagai rawatan oleh tabib perubatan, bahan pewangi, digunakan juga dalam proses makanan serta mengawet mayat. Pada zaman tersebut bahan-bahan untuk penghasilan terapi aroma yang terdiri dari tumbuh-tumbuhan serta rempah ratus terpilih dan berkualiti tinggi.

Terdapat beberapa jenis bau-bauan yang digunakan dalam terapi aroma yang boleh membantu proses penyembuhan diri. Antaranya :

  1. Lavender - menghilangkan stress dan membantu mengawal emosi.
  2. Jasmine - membantu untuk membangkitkan perasaan damai, gembira dan yakin diri.
  3. Ros - menenangkan emosi seseorang
  4. Blossom - membantu meningkatkan tumpuan dan melegakan sakit kepala
  5. Lemon - menggalakkan emosi yang positif.
  6. Limau - menggalakkan keseimbangan emosi dan kesejahteraan.
  7. Peppermint - merangsang tenaga yang menyegarkan.

Terdapat beberapa idea yang boleh digunakan untuk meningkatkan emosi melalui terapi aroma. Antaranya :

  1. Letakkan beberapa titis minyak pati (essential oil) di dalam bilik tidur, ruangan pejabat atau bilik belajar, di mana anda mahu untuk menggalakkan perasaan aman, bertenaga, atau positif.
  2. Gunakan botol semburan untuk memercikkan minyak pati (essential oil) ke atas pakaian anda dan menikmati aroma ini sepanjang hari.
  3. Sapukan minyak pati pada pelipis, bahu, dan leher untuk meningkatkan mood anda semasa menghirup aromanya.
  4. Tambah beberapa titisan minyak pati (essential oil) ke dalam air mandian anda dan nikmati aromanya.
  5. Sapukan minyak pati (essential oil)  sebelum memulakan aktiviti fizikal untuk meningkatkan semangat dan rasa bertenaga.

Terapi aroma, seperti yang anda sedia maklum, adalah kaedah yang paling mudah untuk meningkatkan mood dan menguruskan emosi. Ia mempunyai keupayaan untuk mewujudkan pengalaman peribadi yang akan membantu anda mengeksplorasi, mengendalikan dan menenangkan pelbagai emosi yang anda alami setiap hari.

Tarikh Input: 30/06/2024 | Kemaskini: 30/06/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
F, (04:35:25pm-04:40:25pm, 25 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]