Tip 5B Bila Berhadapan Krisis Rumahtangga | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tip 5B Bila Berhadapan Krisis Rumahtangga

Tip 5B Bila Berhadapan Krisis Rumahtangga

Oleh : Mohd Redzuan bin Zamberi K.B,P.A

Tip ini sesuai bagi pasangan yang telah diuji dengan pelbagai ujian rumahtangga hingga kerap bergaduh dan diugut untuk bercerai. Ada juga pasangan yang terang-terangan mengakui menyintai orang lain dan mula tawar hati pada anda. Anda kecewa namun di sudut hati, masih menyayangi pasangan dan ingin menyelamatkan rumahtangga.

1. Bertahan - andai diuji, jangan cepat melatah dan emosi melampau hingga dirimu yang lemah lembut bertukar watak jadi wanita yang dibenci dan tidak dihormati. Tempoh bertahan mengikut kemampuan masing-masing iaitu beri tempoh pada diri dan pasangan dalam tempoh 6 bulan, 1 tahun atau 2 tahun. Tempoh ini boleh diubah ikut kesesuaian.
2. Bertenang - percayalah ujian Allah di dunia bersifat sementara. Ada yang hanya diuji bertahun, berbulan, berhari dan hanya seketika. Semuanya ada penamatnya. Yakin pada hikmah Allah.
3. Bertindak - menangis dan tak terurus bukanlah membantu apa-apa. kerana ia ciri-ciri seorang yang mengalah. Bangkit untuk sayangi diri dan insan yang memerlukan iaitu anak-anak. Kasihani insan-insan di sekeliling. Ketika dirimu menderita, mereka terabai dan tidak mengerti, terutamanya anak kecil.
4. Berdikari - Jangan bergantung pada sesiapa di dunia ini kecuali insan ikhlas yang anda percayai, dan terhindar daripada fitnah seperti ahli keluarga. Namun, mereka juga ada tanggungjawab dan kehidupan. Pastinya suatu hari nanti, anda perlu teruskan kehidupan sendiri. Belajar dan yakin pada diri yang anda boleh berjaya dengan bakat dan kekuatan diri yang dikurniakan Allah.
5. Bersedia - bersedia tidak perlu tunggu ujian melanda. Bersedia dari segi mental, emosi dan tindakan andai berlaku perpisahan, kematian atau pasangan poligami.

Tarikh Input: 25/09/2023 | Kemaskini: 25/09/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcUAn~