Tip Gaya Belajar Efisien | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tip Gaya Belajar Efisien

Tip Gaya Belajar Efisien

Oleh : Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan K.B.;P.A.

Belajar merupakan rutin wajib bagi seseorang bergelar pelajar. Oleh itu, dengan mengenal pasti gaya belajar yang berkesan dapat membantu mereka bersedia dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar. Ikuti tip-tip belajar secara efisien untuk diamalkan.

Tip 1 - Strategi Bijak Belajar
Strategi belajar yang berkesan adalah kunci keseimbangan dalam belajar dan mengatur gaya hidup sihat. Dengan mengatur strategi yang yang lebih baik dapat membantu seseorang dapat meningkatkan pemahaman serta prestasi pembelajaran tanpa rasa terbeban dengannya. Strategi belajar yang berkesan dapat membantu pelajar lebih yakin dengan ilmu yang perlu dipelajari dan difahami.

Tip 2 – Buat Jadual Belajar
Membuat jadual belajar dapat membantu anda mengatur masa yang lebih berkesan dan dapat memberi tumpuan kepada subjek-subjek yang penting untuk diulangkaji. Pemilihan masa belajar juga penting dengan mengatur subjek yang rumit diberi penekanan yang lebih berbanding subjek yang lebih ringan.

Tip 3 – Fokus Matlamat
Penetapan matlamat yang jelas dan terperinci dapat mengarahkan usaha dan tenaga ke arah yang betul. Ianya dapat membantu untuk lebih fokus subjek yang perlu difahami dan perlu dihafal. Penekanan lebih diberikan dengan penyediaan nota tambahan serta persediaan sumber rujukan termasuk merujuk rakan yang lebih arif mahupun bahan ilmiah bagi penguasaan subjek yang rumit.

Tip 4 - Rancang Aktiviti
Merancang aktiviti adalah dengan menyusun aktiviti gaya hidup sihat di samping memberikan keutamaan dalam belajar. Melalui perancangan yang baik, anda dapat mengenal pasti matlamat yang ingin dicapai, sumber daya yang diperlukan, serta langkah-langkah yang perlu diambil. Jadi, proses pembelajaran anda akan lebih rileks dan santai.

Semoga tip yang dikongsikan dapat membantu anda untuk belajar secara berkesan. Selamat mencuba!

Tarikh Input: 28/02/2025 | Kemaskini: 28/02/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
F, (12:13:38pm-12:18:38pm, 30 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]