TIP KENDALIKAN KERESAHAN MELAMPAU | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » TIP KENDALIKAN KERESAHAN MELAMPAU

TIP KENDALIKAN KERESAHAN MELAMPAU

Rasa bimbang terhadap sesuatu perkara adalah sesuatu yang biasa dalam hidup kita. Perasaan resah dan cemas akan dialami sebelum menghadapi ujian, mengurus konflik diri dan tempat kerja serta semasa ingin membuat keputusan yang amat penting atau pelbagai situasi yang lain. Tetapi jika kebimbangan atau keresahan yang berterusan dalam jangka masa yang lama dan menjadi semakin buruk, ianya berpotensi menjadi gangguan mental iaitu gangguan keresahan.

Beberapa petua dapat dikongsikan agar anda dapat mengendalikan keresahan. Sekiranya keresahan melampau ini dapat diurus dengan baik, seseorang mungkin akan berjaya mengimbangi keadaan dirinya.

#Tip Pertama : Menarik Nafas

Bernafas adalah salah satu kaedah asas untuk mengurus keresahan. Apabila anda dilanda keresahan, nafas anda akan menjadi laju dan tidak teratur. Oleh itu, lakukan senaman pernafasan dengan menarik dalam dalam kiraan 7, kemudian menahan nafas dalam kiraan 4. Hembus nafas anda secara perlahan-lahan dalam kiraan 7. Lakukan secara berulang-ulang.

 

#Tip Kedua : Lepaskan Kerasahan dengan Bersenam

Bersenam juga dapat membantu anda untuk mengurangkan rasa resah. Bersenam ringan dalam membantu anda fokus pada pergerakan badan dan menggerakkan seluruh anggota badan. Dengan ini dapat membantu anda mengawal keresahan tersebut.

#Tips Ketiga :  Berfikiran positif

Berfikiran positif adalah salah satu teknik yang sukar dilakukan apabila anda berada dalam keadaan resah atau bimbang. Fokus kepada pengalaman manis atau perasaan positif yang pernah anda lalui. Bayangkan wajah-wajah individu yang anda sayangi. Dengan itu, sedikit sebanyak dapat membantu anda mengawalnya.

 

#Tips Keempat : Berbual dengan Teman Rapat

Apabila anda menghadapi keresahan, cuba hubungi rakan-rakan yang boleh anda percayai yang juga mengetahui tentang keadaan diri anda. Biarkan rakan anda bercerita agar anda dapat mendengar mengalih perhatian anda.

 

#Tips Kelima : Lakukan Perkara yang Anda Gemari

Lakukanlah aktiviti yang anda gemari. Mempunyai hobi yang baik juga dapat membantu seseorang mengurus keresahan. Dengan meluangkan masa dengan melakukan hobi juga dapat membantu anda mengalih fokus.

 

#Tips Keenam : Berjumpalah kaunselor

Berjumpalah dengan kaunselor untuk membantu anda mengenalpasti teknik pendekatan yang anda boleh amalkan untuk mengurus keresahan. Kaunselor dapat membantu seseorang secara professional.

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcEAp~