Tip Memilih Kerjaya Yang Terbaik Untuk Anda | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tip Memilih Kerjaya Yang Terbaik Untuk Anda

Tip Memilih Kerjaya Yang Terbaik Untuk Anda

Oleh : Wan Azurani binti Wan Ahmad K.B.;P.A.


# TIP 1: KENALPASTI APAKAH YANG MEMBANGKITKAN SEMANGAT ANDA?
Memahami minat boleh membantu mendalami keperibadian, watak, dan aktiviti yang membangkitkan semangat anda. Dari situ, anda boleh menentukan objektif atau matlamat untuk perkembangan kerjaya yang dapat memenuhi tujuan anda. Hobi atau minat boleh menjadi pemangkin kepada pemilihan kerjaya.

# TIP 2: KENALPASTI APAKAH DORONGAN ANDA?
Selain gaji yang lumayan, kemudahan dan insentif yang disediakan juga adalah faktor penting yang boleh memberikan dorongan kepada anda untuk memilih pekerjaan tersebut. Antara faktornya adalah lokasi tempat bekerja, persekitaran kerja, cabaran yang anda mahukan menjadi perkara yang perlu anda tahu dan kenalpasti.

# TIP 3: KENALPASTI APAKAH KEMAHIRAN ANDA?
Kemahiran adalah perkara penting dalam menentukan kompetensi anda dalam sesuatu bidang pekerjaan. Contohnya sekiranya anda ingin memilih kerjaya profesional yang memerlukan sijil kelayakan atau kemahiran khusus, anda perlu memastikan kemahiran tersebut anda perolehi terlebih dahulu.

#TIP 4: KENALPASTI APAKAH KEUTAMAAN HIDUP ANDA?
Keutamaan setiap individu adalah berbeza. Sama ada ianya untuk menyokong keluarga, membina kerjaya, atau menyimpan wang untuk masa hadapan. Setiap pencari kerja mempunyai matlamat yang berbeza berdasarkan kedudukan semasa dalam kehidupan mereka. Mengenal pasti keutamaan anda dapat membantu dalam membuat keputusan kerjaya. Anda boleh menyalurkan fokus dan tenaga ke arah keutamaan hidup anda.

Tanya diri anda, “Apakah kerjaya yang boleh membantu mencapai matlamat saya?” Sebaik sahaja anda membuat penilaian kendiri ini, anda boleh memulakan pencarian kerja yang bersesuaian dengan kehidupan anda.

Semoga tip ini menerima manfaat buat semua yang membaca! Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi kami melalui direktori laman web di www.bkupm.edu.my atau untuk mendapatkan maklumat dan program atau aktiviti dijalankan oleh Bahagian Kaunseling UPM, boleh ikuti kami di media sosial kami di Facebook dan Instagram.

Tarikh Input: 31/05/2024 | Kemaskini: 31/05/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (10:24:50pm-10:29:50pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]