Tip Mudah Urus Masa Bagi Wanita Berkerjaya | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tip Mudah Urus Masa Bagi Wanita Berkerjaya

Tip Mudah Urus Masa Bagi Wanita Berkerjaya

Oleh : Wan Azurani binti Wan Ahmad K.B,P.A

Pepatah ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia’ kerapkali kita dengar. Ia adalah antara kalimah motivasi bagi wanita berkerjaya untuk terus bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan pekerja. Pengurusan masa amat penting bagi wanita berkerjaya agar segala yang dilaksanakan berjalan lancar.
Berikut adalah tiga tip mudah bagi wanita berkerjaya untuk diikuti :-

# TIPS 1: BANGUN SEAWAL JAM 5.00 PAGI
Tidur adalah sangat penting bagi memberikan tubuh badan rehat secukupnya. Bangun seawal jam 5.00 pagi setelah rehat dan tidur yang cukup di malam hari adalah tip bagi seorang wanita berkerjaya khususnya yang bergelar ibu bagi merencana keseluruhan rutin harian.
Apabila bangun di awal pagi, persediaan lebih awal dapat dibuat. Pagi merupakan permulaan bagi keseluruhan hari yang kita jalani. Bangkitkan mood gembira di waktu pagi akan memberikan kita mood yang baik dan bersemangat sepanjang hari.

# TIPS 2: TAHU PERKARA YANG PERLU DISEGERAKAN DAN PENTING
Utamakan yang utama. Tidak dinafikan wanita berkerjaya semestinya menggalas pelbagai peranan dan tanggungjawab. Peranan dan tanggungjawab perlu disusun mengikut keutamaan. Sekiranya tidak disusun dengan rapi mengikut kepentingan, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Emosi juga akan terbeban. Buat perkara yang lebih utama, disusuli dengan yang lain-lainnya. Tidak semua perlu dilakukan dengan serentak. Ambil masa anda, pause (berhenti seketika) jika perlu, dan sambung semula.

# TIPS 3: BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T
Dalam hidup kita tidak semua yang kita mahukan kita akan dapat. Namun konsep utama dalam kejayaan adalah USAHA, DOA dan TAWAKAL perlu sentiasa disematkan dalam jiwa agar motivasi diri sentiasa tinggi. Tawakal adalah serah diri kepada Allah atas qada’ dan qadarnya bagi memberikan diri rasa tenang dalam menghadapi apa jua situasi. Wanita berkerjaya, adakalanya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada rumahtangga kerana masa telah dibahagikan kepada kerjaya impian mereka. Serahkan urusan yang tidak dapat dijangkau oleh kita agar Allah pelihara.

Tarikh Input: 28/11/2023 | Kemaskini: 28/11/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcGAL~