TIP P.O.W.E.R MENGURUS WAKTU BAGI PEMIMPIN PELAJAR | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » TIP P.O.W.E.R MENGURUS WAKTU BAGI PEMIMPIN PELAJAR

TIP P.O.W.E.R MENGURUS WAKTU BAGI PEMIMPIN PELAJAR

Oleh :  Encik Mohamad Za’im bin Rosli K.B.;P.A.

P.O.W.E.R adalah merupakan akronim bagi perkataan power dalam Bahasa inggeris yang membawa maksud hebat. Sebagai seorang pemimpin, adalah penting untuk anda mempunyai kemahiran mengurus masa dengan cekap dan efektif!. Jom sama-sama mempelajari ilmu baharu hari ini dan memahami konsep P.O.W.E.R untuk diaplikasi dalam kehidupan harian.

P – Planning

P yang pertama adalah planning. Biasakan diri untuk merancang aktiviti harian anda. Perlu anda ingat, dalam sehari, anda bukan hanya menggalas peranan sebagai seorang pelajar, anda juga adalah seorang ketua, seorang ahli dalam kumpulan kelas anda, seorang anak, dan macam-macam lagi. Oleh itu, merancang perjalanan harian anda, amat penting agar anda cakna tentang penggunaan masa harian, mingguan, dan bulanan anda.

O – Organizing

O adalah organizing. Setelah anda merancang, anda perlu bijak Menyusun atur strategi atau Langkah untuk mencapai matlamat yang telah dirancang. Sekiranya hari ini anda merancang untuk menyiapkan 2 tugasan individu dan 1 kertas kerja persatuan, maka anda perlu Menyusun mana yang perlu didahulukan, dan mana yang boleh dikemudiankan. Konsep 4 tingkap masa boleh diaplikasikan.

W – Willing to Do

W adalah willing to do. Ini adalah elemen terkuat dari dalam diri yang perlu anda jana. Ia adalah satu perasaan yang kuat, atau motivasi untuk yang kuat untuk mencapai sesuatu. Ia ibarat enjin yang menggerakan sebuah kereta. Sekiranya enjin ini mati dan tiada daya, maka tidak bergeraklah sesebuah kereta itu. Ibarat kata pepatah, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Apalah guna anda merancang, dan Menyusun Langkah, tapi akhirnya anda sendiri tidak mahu melakukannya.

E – Effective Behaviour

E adalah effective behavior. Ia bermaksud suatu set tingkah laku yang efektif dalam melakukan sesuatu tugasan dan peranan. Tingkahlaku efektif ini sangat penting bagi memastikan penggunaan masa anda sentiasa optimum. Sebagai contoh, untuk melakukan sesuatu tugasan, anda perlukan cara yang paling mudah untuk melakukannya dan hendaklah kaedah itu efektif dan praktikal bagi tugasan tersebut.

R – Reflection

R adalah reflection. Ia bermaksud, suatu proses refleksi diri yang dilakukan samada ada harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan. Walaupun proses ini penting untuk kemajuan diri individu, namun perkara ini lah yang paling jarang dan berat untuk dilakukan. Dengan melakukan refleksi diri, anda akan sentiasa mencari ruang penambahbaikan pada diri dan masa anda. Anda juga akan mula sedar akan kemahiran baharu yang anda perlukan untuk memajukan diri berbekalkan masa yang terhad.

Tarikh Input: 30/05/2025 | Kemaskini: 31/05/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (04:38:54am-04:43:54am, 27 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]