Tip Sejahtera Di Tempat Kerja | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tip Sejahtera Di Tempat Kerja

Tip Sejahtera Di Tempat Kerja

Oleh: Kamariah binti Derasol K.B,P.A

Setiap hari bekerja, kita meluangkan masa minima selama 8 jam untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Ianya merangkumi satu pertiga masa dalam sehari semalam. Untuk itu, adalah penting untuk kita menjaga diri di tempat kerja agar kesejahteraan diri terpelihara. Berikut adalah perkongsian tip sejahtera di tempat kerja yang boleh dipraktikkan oleh semua.

1. Sediakan suasana kerja kondusif
Suasana kerja kondusif boleh mengundang mood kerja yang positif. Periksalah keadaan kerusi, meja, kedudukan komputer dan peralatan yang digunakan. Pastikan ianya berada dalam kedudukan yang egronomik untuk mengelakkan kelesuan dan sakit pada anggota badan.

2. Buat regangan tubuh setiap setengah jam atau selewatnya selang satu jam bangun sebentar atau berjalan sebentar. Tuhan mencipta tubuh badan manusia dengan sempurna untuk bergerak. Apabila ianya tidak digerakkan dalam tempoh masa yang lama, aliran darah akan terganggu. Bagi yang bekerja lama menggunakan komputer, senaman regangan bahu, leher dan belakang elok dipraktikkan bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius contohnya ‘slip disc’.

3. Bina hubungan positif
Kita bekerja dengan bos dan rakan sekerja umpama sekumpulan ikan di dalam akuarium. Tidak boleh mengelak sesiapa dan perlu berkomunikasi sentiasa. Oleh itu, banyakkan senyuman dan bina hubungan baik. Fokus kepada kebaikan individu dalam organisasi dan elakkan bergosip. Ingatlah, tidak ada manusia yang sempurna, yang penting kita belajar dari kekurangan orang lain dan baiki diri sendiri.

4. Bekerja dan berehat mengikut waktu
Ada individu sanggup mengenepikan masa rehat dan makan tengahari untuk mengejar ‘dateline’ tugasan yang perlu disiapkan.Pengorbanan masa ini bagus, tetapi akan memberi kesan negatif kepada kesihatan diri dalam jangka masa panjang. Kuncinya, fokus betul-betul semasa waktu bekerja dan berehat secukupnya semasa rehat atau di luar waktu bekerja. Majikan juga patut menghormati waktu rehat pekerja, dengan tidak membebani pekerja dengan tugas terutamanya di waktu malam atau hujung minggu.

 

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcGAc~