Tip Tangani Gugup Semasa Pembentangan | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tip Tangani Gugup semasa Pembentangan

Tip Tangani Gugup semasa Pembentangan

Oleh :  Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan K.B.;P.A.

Tugasan atau lebih mesra dikenali sebagai ‘assignment’ dalam kalangan pelajar merupakan rutin biasa bagi pelajar. Tugasan yang diberikan biasanya melibatkan fasa pembentangan di dalam kelas untuk dinilai oleh pensyarah. Ada di kalangan pelajar yang mengelak daripada menjadi pembentang dek kerana ‘takut gugup’ sedangkan menjadi pembentang merupakan satu latihan yang terbaik bagi meningkatkan keyakinan diri. Ikuti tip yang dikongsikan bagi menangani gugup semasa membuat pembentangan. 

Senaman Penafasan : Melakukan senaman pernafasan untuk bantu anda rileks. Rasakan udara masuk ke dalam paru-paru dengan perlahan. Biarkan nafas mengalir dengan tenang, meresapi keseluruh badan dengan energi positif. Dalam diam, kosongkan minda, membisikkan mantera penenang (berzikir/kata-kata positif)  untuk membuatkan hati lebih tenang. 

 

Bersedia & Bertenang : Pejamkan mata dan bayangkan wajah-wajah yang anda sayang dan rindui. Percaya akan kemampuan diri dan persediaan yang telah lakukan. Cuba langkah mudah untuk bertenang. Ketika bersedia dan tenang, anda dapat membuat keputusan yang bijak dan mengatasi rintangan dengan lebih efektif. Elakkan memandang wajah-wajah yang memberi tumpuan kepada anda sebaliknya lihat objek-objek kaku yang berada di sekeliling anda. Fokus kepada tiga penjuru utama, kiri belakang dan kanan bagi memperlihatkan anda menguasai seluruh dewan tersebut. 


Jangan Takut Apabila Rasa Berdebar : Rasa berdebar adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Ambillah masa untuk bernafas dalam-dalam dan tenangkan fikiran anda. Ingatlah bahawa anda memiliki kekuatan untuk mengatasi apa jua cabaran yang dihadapi. Sekiranya tidak membantu, mohon bantuan rakan untuk berada di samping anda sebagai sistem sokongan. memegang objek yang besar dan keras juga dapat membantu mengalihkan rasa gugup namun elakkan memegang kertas ya. Mulakan bicara dengan senyuman anda!

Tarikh Input: 30/05/2025 | Kemaskini: 31/05/2025 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (12:32:13pm-12:37:13pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]