Tip Ubah Diri : FOKUS Dan BERANI | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tip Ubah Diri : FOKUS dan BERANI

Tip Ubah Diri : FOKUS dan BERANI

Oleh : Muhammad Za’im Rosli K.B.;P.A.

Perkongsian pada kali ini akan mengambil inspirasi dari jenama sosial media nombor 3 di dunia iaitu FB (Facebook). FB yang ingin diketengahkan pada penulisan ini adalah Fokus dan Berani.

Pernah tak para pembaca merasa takut untuk mencuba sesuatu, rasa takut untuk membuat sesuatu keputusan dan takut sekitarnya apa yang dilakukan adalah salah di pandangan orang lain? Situasi seperti ini sering kali akan mendatangkan keresahan dalam diri individu.

Tip FB pada kali ini akan membawa pembaca meneroka langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan keyakinan diri.

Fokus

1. Kekuatan Diri
Latih diri untuk fokus kepada kekuatan yang ada pada diri sendiri berbanding melihat kekuatan orang lain. Ini akan membantu individu meningkatkan penerimaan kendiri dan penghargaan kendiri yang ternyata berkesan dalam meningkatkan keyakinan.

2. Matlamat
Latih diri untuk fokus kepada matlamat yang ingin dicapai. Sebagai contoh walaupun individu berasa gemuruh sewaktu melakukan pembentangan namun kekal fokus terhadap matlamat pembentangan akan mengelakkan diri dari terganggu dengan persekitaran.

Berani

1. Berani Mencuba
Untuk meningkatkan tahap keyakinan, individu juga perlu berani mencuba sesuatu yang baharu. Pendedahan terhadap pengalaman yang baharu akan menambah ilmu dan kemahiran baharu individu sekaligus meningkatkan tahap keyakinan individu.

2. Berani Gagal
Sudah tentu setiap usaha, strategi yang dilaksanakan terdedah dengan sebarang bentuk keputusan atau hasil sama ada berjaya atau gagal. Kegagalan, kesilapan adalah satu daripada proses latihan yang mematangkan. Kesediaan dan keterbukaan individu menerima sebarang bentuk keputusan membantu membentuk perasaan berani individu.

Semoga tip ini memberi manfaat buat semua. Untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang menarik, boleh layari laman sesawang rasmi kami di https://bkupm.upm.edu.my/ Juga, bagi mendapatkan program atau aktiviti yang menarik anjuran bersama kami di Bahagian Kaunseling UPM, anda boleh ikuti kami di media sosial facebook, instagram dan TikTok kami.

 

Tarikh Input: 30/03/2024 | Kemaskini: 30/03/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFCBAD~