Tip Ubah Diri : Mula Dan Mara | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tip Ubah Diri : Mula dan Mara

Tip Ubah Diri : Mula dan Mara

Oleh : Muhammad Za’im Rosli K.B,P.A


MULA DAN MARA
Perkongsian pada kali ini akan mengambil inspirasi dari jenama coklat kegemaran kanak-kanak iaitu M&M. M&M yang ingin diketengahkan pada penulisan ini adalah Mula dan Mara.
Seringkali apabila melalui fasa perubahan, inilah antara fasa yang sukar untuk kita lakukan. Sehingga kadang kala kita sendiri hilang percaya terhadap kemampuan diri untuk berubah!. Pernah juga terjadi, matlamat yang disasarkan pada 3 tahun lepas pun masih tidak tercapai.
Tip M&M pada kali ini akan membawa pembaca meneroka langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memulakan suatu perubahan.
Mula:
1. Visualisasi Matlamat

Biasakan diri mencatat, melukis dan mempamer matlamat yang ingin dicapai pada ruang yang mudah dilihat setiap hari. Sama ada di dinding bilik tidur, di dalam dompet, wallpaper laptop, handphone dan lain-lain. Ini akan merangsang dan mengukuhkan kemahuan emosi untuk mencapainya.

2. Mulakan yang Mudah

Biasakan diri menyenarai strategi tindakan dan memulakan dengan tindakan yang paling mudah terlebih dahulu. Sebagai contoh sasaran mahasiswa untuk memperbaiki pencapaian akademik boleh dimulakan dengan menyenarai senarai subjek yang akan diambil pada semester tersebut. Ini akan merangsang tindakan berikutnya.
Mara :
1. Just Do It

Biasakan diri untuk bersegera dalam melakukan kebaikan. Setiap perubahan yang ingin dicapai semestinya ia suatu kebaikan. Perkara yang sering menggagalkan proses ini adalah terlalu memikirkan hasil dan kegagalan. Macam mana kalau tak Berjaya? Just Do It!

2. Bangkit

Terus mara! Apa pun hasil yang kita perolehi dari pilihan tindakan yang kita buat, teruskan melangkah! Jangan berputus asa. Sememangnya dalam perjalanan perubahan, maklumbalas dari persekitaran akan menjadi input berguna bagi proses perubahan ini!

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcOAy~