Tips Bangun Awal Pagi | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tips Bangun Awal Pagi

Tips Bangun Awal Pagi

Bagi individu yang bersedia lebih awal, maka akan ada perancangan yang lebih baik untuk dirinya. 

Setiap dari kita mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Bagi seseorang yang sukakan perancangan pasti akan sentiasa mencari jalan untuk mewujudkan ruang untuk persediaan diri. Di sini, perkongsian tips untuk Bangun Awal Setiap Pagi dapat membantu mereka yang sukakan persediaan dalam rancangannya. 

1. Jadikan Rutin Setiap Hari- Jadikan bangun awal sebagai rutin setiap hari secara tidak langsung dapat membantu menyokong 'body clock' diri anda. Jadi rutin bangun awal setiap hari bukan lagi sesuatu yang sukar!

2. Fokus pada 'To Do List' Untuk Rancangan Esok Hari - Bagi membantu diri untuk bangun awal, niatkan untuk bangun awal bagi menyelesaikan senarai tugas/aktiviti yang telah disediakan sebelum masuk tidur. Hal ini kerana secara tidak langsung anda sedang memberi 'signal' kepada badan bahawa anda perlu bangun awal. Cubalah!

3. Gunakan Jam Penggera - Jam penggera adalah alat yang paling ideal untuk mengejutkan anda bangun tidur. Kini, jam penggera hanya menggunakan telefon pintar dan anda sendiri boleh memilih bunyian yang MEMANG BUAT ANDA BANGUN. Muzik yang lembut dan perlahan mungkin membuatkan anda sambung tidur. Andalah yang menentukan bagaimana hasilnya. 

4. Elakkan Makan 1 atau 2 Jam Sebelum Tidur - Badan akan bekerja setelah anda mengambil makanan berat. Oleh itu, elakkan mengambil makanan berat sebelum anda masuk tidur. Apabila perut menjadi terlalu kenyang atau terlalu lapar pasti akan membuatkan tidur anda terganggu. 

5. Pastikan Ruang Tidur yang Selesa - Ya, ruang atau tempat tidur juga memainkan peranan untuk mendapat tidur yang berkualiti. Pastikan tiada sisa makanan, pakaian yang telah dipakai atau pun alat-alat elektronik berada di tempat tidur anda. Ruang tidur yang selesa boleh menyumbang pada kualiti tidur yang anda perlukan. 

 

Selamat mencuba! 

Tarikh Input: 16/06/2022 | Kemaskini: 16/06/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcOAG~