TIPS MENGURUS KERJA DAN KELUARGA UNTUK IBU BERKERJAYA | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » TIPS MENGURUS KERJA DAN KELUARGA UNTUK IBU BERKERJAYA

TIPS MENGURUS KERJA DAN KELUARGA UNTUK IBU BERKERJAYA

Oleh: Kamariah binti Derasol K.B,P.A

Ibu yang bekerjaya mempunyai cabaran yang besar dalam menyeimbangkan tugasan di tempat kerja dan di rumah. Bagi memastikan urusan rumah tangga tidak menjejaskan prestasi kerja dan sebaliknya, beberapa tips ini boleh dipraktikkan bersama.


1. Dapatkan pengasuh berkualiti untuk anak
Salah satu perkara yang penting menyumbang kepada ‘ketenangan’ ibu bekerja di pejabat adalah mempunyai penjaga yang dipercayai menjaga anaknya. Sebelum menghantar anak ke mana-mana pengasuh, selidiki latar belakang dan dapatkan maklumbalas penjaga lain. Sama ada rumah asuhan ataupun pengasuh persendirian, setiap satunya ada pro dan kontra


2. Kenalpasti dan atasi rasa bersalah
Ada ibu yang bekerja mudah rasa bersalah kerana kurang meluangkan masa bersama anak-anak. Untuk mengatasi masalah ini, bercakaplah dengan kaunselor anda untuk mengenalpasti dan menangani rasa bersalah yang dialami. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah dengan membuat aktiviti berkualiti yang menyebabkan anak-anak tidak merasa diabaikan apabila ibu perlu bertugas.


3. Gunakan jadual dan planner
Semakin bertambah usia, akan semakin banyak perkara yang mudah dilupakan. Untuk itu gunakan jadual, planner dan penggera dari telefon untuk membantu menyusun jadual di tempat kerja dan di rumah. Sediakan juga sedikit masa yang fleksibel agar boleh mengurus perkara luar jangka, contohnya ahli keluarga yang sakit.


4. Utamakan kesihatan dan penjagaan diri
Walau sesibuk manapun tugas yang perlu dilakukan sama ada di tempat kerja mahupun di rumah, pastikan kesihatan diri terjaga. Ambillah makanan tambahan, makanan sunnah dan sebagainya untuk segar bertenaga.


5. Bersedia awal di waktu malam
Sebarang urusan melibatkan persiapan diri seperti menggosok pakaian, tudung dan pakaian anak-anak perlu dilakukan di sebelah malam untuk mengurangkan tergesa-gesa di waktu pagi. Anak-anak perlu dilatih untuk membantu membuat persiapan diri dan berdikari. Sebelum tidur, lakukan ‘wayang minda’ mengenai aktiviti yang akan dilakukan esok hari dan dapat dilakukan dengan lancar.

 

Tarikh Input: 30/03/2023 | Kemaskini: 30/03/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcXAz~