Tips Menjaga Kesihatan Mental Semasa Tempoh Kuarantin | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tips Menjaga Kesihatan Mental Semasa Tempoh Kuarantin

Tips Menjaga Kesihatan Mental Semasa Tempoh Kuarantin

 

Tempoh kuarantin adalah tempoh yang amat sukar buat individu yang perlu melaluinya. Individu yang di kuarantin harus kekal di rumah atau pusat kuarantin selama tempoh 14 hari. Bagi seseorang, tempoh kuarantin ini sukar bagi mereka kerana terbatasnya pergaulan meskipun dengan keluarga sendiri. Hal ini memberi kesan kepada tahap kesihatan mental yang mana cenderung untuk merasa rendah diri, tertekan kerana tiada komunikasi fizikal, malah fikiran juga akan mula berfikir di luar jangkauan. Oleh itu, individu yang menjalankan kuarantin haruslah cuba sedaya upaya untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka dalam tempoh ini. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dicuba untuk menjaga kesihatan mental semasa tempoh kuarantin.

 

1. Melakukan aktiviti yang menyeronokkan

Melakukan aktiviti yang menggembirakan dan menyeronokkan, tidak kira sekecil mana pun, akan dapat membantu anda mengurangkan stres. Rancang dan senaraikan segala aktiviti yang dapat dilakukan supaya anda sentiasa minda dan fizikal anda ‘sibuk’ dengan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan minda, emosi dan fizikal. Sama ada anda mendengar muzik, menonton filem kegemaran atau bermain permainan minda.  Pastikan anda lakukan ini pada setiap hari kerana ia mampu membantu mengurangkan tekanan dan memberikan kesan yang baik kepada mental.

2. Berhubung dengan rakan

Berkongsilah apa sahaja yang anda rasakan dan fikirkan kepada rakan-rakan. Anda tidak perlu berseorangan dalam menanggung beban kerana anda boleh berkongsi masalah yang anda hadapi dengan rakan yang dipercayai untuk membantu meringankan minda daripada menanggung beban yang terlalu berat. Meluahkan perasaan dan masalah anda terhadap rakan anda akan dapat membantu mengingatkan diri bahawa anda tidak bersendirian dan juga dapat mengurangkan kebosanan. Rangkaian sokongan yang baik dapat memberi banyak manfaat kepada kesihatan mental anda semasa tempoh kuarantin.

3. Mencipta rutin harian baru

Anda boleh mencipta rutin harian baru semasa dalam tempoh kuarantin, terutamanya di rumah anda. Ini akan dapat membantu ada mengharungi setiap hari dengan lebih teratur dan membantu minda anda menjadi lebih tenang. Selitkan aktiviti fizikal jika mampu seperti berzumba, senam robik. Selaindapat  membantu badan kembali pulih secara tidak langsung kesihatan mental anda juga terjaga. Apabila anda mempunyai rutin harian ketika kuarantin, anda akan merasa lebih semangat untuk mengharungi setiap hari dan ia juga dapat mengurangkan kerisauan anda pada dugaan yang melanda.

 

5. Amalkan pemikiran positif

Berfikirlah secara positif kerana dengan berfikiran positif akan membawa diri anda ke arah amalan dan daya tindak yang positif. Elakkan melayari portal-portal dalam talian yang kurang memberi manfaat kepada diri. Berehatlah dari semua media sosial jika perlu.  Fokus pada keperluan diri semasa dalam tempoh kuarantin supaya anda lebih bersemangat untuk sihat. Ini kerana minda yang positif akan menggalakkan perkembangan emosi yang positif malah memberi impak pada tingkah laku positif.

 

Tarikh Input: 18/08/2021 | Kemaskini: 24/08/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcLAL~