Tips Menyemarakkan Semangat Kemerdekaan Semasa Pandemik | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tips Menyemarakkan Semangat Kemerdekaan semasa Pandemik

Tips Menyemarakkan Semangat Kemerdekaan semasa Pandemik

Hari kemerdekaan adalah hari yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun oleh rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, penularan wabak Covid-19 telah menghalang rakyat Malaysia daripada menyambut Hari Kemerdekaan secara besar-besaran seperti tahun-tahun sebelum ini. Pada hari kemerdekaan yang ke-64 tahun ini, kita hanya mampu menyambut hari tersebut di rumah bersama keluarga tersayang. Namun begitu ianya tidak bermaksud bahawa kita tidak boleh menyemarakkan semangat kemerdekaan walaupun kita hanya perlu kekal berada di rumah. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu kita menyemarakkan semangat kemerdekaan semasa pandemik Covid-19.

1. Memasang dan Mengibarkan Jalur Gemilang 
Langkah pertama yang boleh anda lakukan untuk menyambut Hari Kemerdekaan di rumah ialah memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kawasan perumahan. Dengan mengibarkan Jalur Gemilang, anda akan dapat menyemarakkan semangat patriotisme dan membuktikan kebanggaan kita pada negara tersayang. Kibarkan Jalur Gemilang ada laman sosial anda juga!

2. Memainkan Lagu-lagu Kebangsaan
Memainkan lagu-lagu kebangsaan juga dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan, semangat patriotisme dan perasaan cinta pada negara.

3. Kekal di Rumah dan Menjaga SOP yang telah ditetapkan
Sementara wabak Covid-19 masih menular, kita haruslah menjaga SOP dan kekal di rumah untuk mengelak daripada penyebaran wabak secara meluas. Pada hari kemerdekaan tahun ini, pastikan anda kekal di rumah dan menjaga SOP kerana kita masih berjuang melawan pandemik Covid-19. Ini juga akan dapat menyemarakkan semangat patriotisme kerana dengan memilih untuk menjaga SOP dan kekal di rumah, anda sedang berkhidmat untuk negara dan seluruh rakyat Malaysia.

#KitaJagaKita #MalaysiaPrihatin

Tarikh Input: 27/08/2021 | Kemaskini: 27/08/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcSAy~