Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Minggu peperiksaan telah bermula. Biasanya dalam tempoh kritikal begini, pelajar mula panik dan kurang memberi perhatian kepada kesihatan diri. Menjaga kesihatan diri semasa minggu peperiksaan sangatlah penting bagi membantu pelajar mengekalkan stamina dan tumpuan penuh semasa ulang kaji terakhir sebelum melangkah ke medan peperiksaan. 
 
Bahagian Kaunseling UPM sentiasa mendoakan agar semua pelajar yang menduduki peperiksaan akhir ini kekal tenang dan fokus sepanjang peperiksaan berlangsung sama ada peperiksaan secara dalam talian mahu pun peperiksaan fizikal. Tidak lupa sedikit tips belajar khusus untuk pelajar UPM yang akan menghadapi peperiksaan ini!
 
 
 
1. RANCANGAN PEMBELAJARAN
Sediakan rancangan pembelajaran mengikut jadual peperiksaan. Rancangan pembelajaran ini bukanlah untuk anda fokus sepenuhnya kepada ulang kaji subjek berkenaan tetapi untuk ulang siar secara umum ulang kali yang telah dibuat semasa minggu ulang kaji yang lalu. Lebih berfokus, lebih bersedia!
 
2. KEKALKAN MOOD POSITIF 
Kekalkan mood yang baik sepanjang minggu peperiksaan ini. Mood yang positif akan membuahkan minda yang tenang. Pastinya anda akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan ini.
 
3. BEREHAT DAN DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
Berehatlah secara berkala agar badan tidak terlalu penat dan letih. Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Bukan terlalu sedikit dan bukanlah terlalu banyak tidur. Tidur yang cukup membantu anda cergas dan cerdas!
 
4. RUANG PEMBELAJARAN YANG SELESA
Ruang pembelajaran yang selesa juga membantu anda dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Asingkan subjek-subjek yang telah selesai dan terus kekal fokus pada peperiksaan yang akan datang!
 
5.JAGA PEMAKANAN YANG SIHAT DAN KEKAL TERHIDRAT
Pemakanan yang sihat amat membantu anda untuk fokus dan rilek sepanjang peperiksaan. Perut yang sihat dan selesa amatlah membantu anda tenang! Jangan lupa amalkan meminum air kosong untuk membantu anda kekal terhidrat dan aktif.

Tarikh Input: 12/07/2022 | Kemaskini: 12/07/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcTAg~