Trauma Psikologi | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Trauma Psikologi

Trauma Psikologi

Trauma emosi dan psikologi adalah kesan daripada pengalaman akan peristiwa pernah dilalui yang menyebabkan seseorang tertekan, rasa tidak selamat serta berasa lemah. Trauma psikologi boleh menyebabkan seseorang bergelut dengan emosi sendiri, melalui pengalaman yang menjengkelkan serta perasaan itu seakan tidak hilang sampai bila-bila. Malah, ianya membuatkan individu tersebut merasa kaku, bersendirian dan tidak mudah untuk mempercayai orang lain.  

 

Pengalaman traumatik biasanya melibatkan ancaman nyawa atau keselamatan seseorang. Namun, bergantung kepada situasi yang dialami boleh membuatkan seseorang mengalami trauma meskipun tidak melibatkan ancaman fizikal. Situasi traumatik berlaku bukanlah disebabkan oleh sesuatu peristiwa tetapi lebih kepada pengalaman emosi seseorang berhadapan dengan peristiwa lampau.  

Setiap daripada kita mempunyai tindak balas terhadap trauma dengan cara yang berbeza serta mengalami pelbagai tindak balas fizikal dan emosi. Tiada cara "betul" atau "salah" untuk berfikir, merasa atau bertindak balas. Oleh itu janganlah sesekali menilai reaksi anda sendiri atau orang lain. Tanggapan anda mungkin tindak balas BIASA terhadap peristiwa LUAR BIASA.

Antara simtom-simtom emosi dan psikologi yang dialami adalah :-

  1. Terkejut, menafikan apa yang berlaku dan tidak percaya
  2. Keliru dan sukar memberikan tumpuan
  3. Marah, mudah tersinggung dan mood berubah-ubah
  4. Mengalami kebimbingan dan ketakutan 
  5. Dilanda perasaan bersalah, malu dan mudah menyalahkan diri sendiri
  6. Mula mengelak untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja
  7. Berasa sedih dan tidak bersemangat 
  8. Mudah rasa tidak diperlukan dan blurr

 

Antara simtom fizikal yang boleh dialami adalah :

  1. Tidak dapat tidur atau sering terganggu dengan mimpi buruk
  2. Berasa letih meskipun tidak membuat kerja
  3. Mudah terkejut
  4. Sukar untuk memberikan tumpuan
  5. Jantung berdegup laju
  6. Resah dan gelisah
  7. Berasa pedih dan sakit pada badan
  8. Ketegangan Otot

 

Sumber dari : https://www.helpguide.org/articles/ptsd-trauma/coping-with-emotional-and-psychological-trauma.htm

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 20/09/2022 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcUAP~