Yakin Itu Boleh | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Yakin itu Boleh

Yakin itu Boleh

Oleh : Dr. Mazila Ghazali

 

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana kita masih bernafas di muka bumi Allah dan mendapat nikmat yang tidak terhingga dariNya. Bercakap mengenai keyakinan diri yang rendah, saya juga pernah melaluinya. Pada masa itu saya merasakan saya adalah dalam kalangan orang yang tidka hebat, tidak berani dan selalu membandingkan diri saya dengan orang lain. Dengan kata lain, saya memandang diri saya serba kekurangan. Apabila difikirkan semula, kenapa saya perlu bersikap sebegitu? Sedangkan saya sendiri punyai banyak kelebihan, saya sedia maklum tentang kelebihan yang saya ada. 

Dari situ saya bangkit dan saya mula memikirkan adalah lebih baik saya memikirkan segala perkara positif yang ada pada diri saya dan bukannya memikirkan perkara negatif. Ini kerana bila negatifnnya pandangan saya terhadap diri sendiri, segala urusan yang saya buat tidak menjadi, dan hasilnya adalah negatif juga, dan ternyata ianya sia-sia. Namun bila saya memikirkan yang saya mampu, secara tidak langsung keyakinan saya juga turut meningkat, maka hasilnya adalah positif dan tidak mendatangkan sia-sia.

Saya yakin ada dalam kalangan kita yang sering merasa kurang yakin disebabkan faktor personaliti, rupa paras dan kemahiran yang ada pada diri sendiri. Biasanya kita melihat orang lain lebih bijak, lebih cantik, lebih bahagia malah lebih sempurna dari diri kita sendiri, justeru kita cenderung untuk merasa rendah diri dan tidak setanding dengan orang lain. Perasaan itu sebenarnya adalah negatif. Sebaiknya kita harus menjadikan kekurangan dan kelemahan sebagai salah satu kekuatan. Jadikan kekurangan yang ada dalam diri sebagai pembakar semangat untuk terus memajukan diri. 

Jadidi sini saya ingin mengajak anda semua untuk lebih yakin dengan diri sendiri, kerana kita yang mencorakkan diri kita. Pastinya kita hendak berjaya dalam kehidupan dan memiliki segala kebaikan bukan? Jadi mulakan dengan membuat perubahan, berubahlah untuk lebih yakin agar kita menjadi orang yang hebat. Pada masa itu orang lain juga mengakui kehebatan kita, namun kita jangan sesekali mengharapkan penghargaan dari manusia, kerana semua itu tidak kekal.

 

Jom fahamkan tips yang saya kongsikan!

Dipetik daripada 170 Kata-kata Mendorong Menjadi Pelajar Hebat. 

 

Tarikh Input: 15/01/2021 | Kemaskini: 23/08/2021 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXDdNAU~