319 PELAJAR UPM MENDAPAT PENDEDAHAN TENTANG PERSONAL BRANDING | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » 319 PELAJAR UPM MENDAPAT PENDEDAHAN TENTANG PERSONAL BRANDING

319 PELAJAR UPM MENDAPAT PENDEDAHAN TENTANG PERSONAL BRANDING

UPM Serdang, 20 November – Putra Career Adaptability, Borak-Borak Kerjaya : Personal Branding Untuk Pelajar, Perlu Ke? merupakan program sambungan siri yang sebelum ini. Borak-Borak Kerjaya Siri 3 kali ini menampilkan Alumni Universtiti Putra Malaysia (UPM), Encik Nazrul Irfanradi sebagai penceramah dan beliau berkongsi ilmu berkaitan Personal Branding. Ilmu ini adalah sangat penting dan perlu buat semua pelajar dalam pembinaan kerjaya mereka. Program ini telah berlangsung pada 17 November 2023 bermula jam 8.30 malam hingga 10.30malam secara atas talian di platform Aplikasi Zoom dan laman rasmi Facebook Live Bahagian Kaunseling UPM. Program ini dijalankan kerana ingin memberi pendedahan awal dan gesaan untuk semua pelajar dalam mencipta jenama diri bermula tahun satu pengajian. Perkongsian dari penceramah di mana beliau sendiri pun telah bermula sejak tahun dua pengajian dan mula mendapat peluang atau tawaran bekerja dari organisasi yang besar. Ia sebagai suntikan semangat buat semua pelajar.

Program Putra Career Adaptability, Borak-Borak Kerjaya : Personal Branding Untuk Pelajar, Perlu Ke? dapat sambutan memberangsangkan iaitu seramai 319 orang peserta yang telah hadir dalam program ini. Peserta program telah memberi penilaian program yang sangat positif. Rata-rata mereka menyatakan program ini sangat memberi pengetahuan dan pemahaman yang jelas tentang kepentingan membina personal branding. Melalui program ini juga, sebanyak 96.5% menyatakan dapat membina keyakinan dalam mencipta personal branding setelah menghadiri program ini. Menurut Nancy Thien Swee Yen dari Kolej Sri Rajang, menyatakan "program yang sangat baik dan sangat memberi pengetahuan kepada bakal graduan untuk mencari kerjaya" Manakala Aiman Daniel dari Kolej Sepuluh menyatakan "Program yang menarik dan membantu saya memahami dengan lebih baik lagi tentang penggunaan linkedin."

 

  

 

Gambar: Kenangan bersama 319 orang peserta dalam program Putra Career Adaptability, Borak-Borak Kerjaya : Personal Branding Untuk Pelajar, Perlu Ke? 

Tarikh Input: 29/11/2023 | Kemaskini: 29/11/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeUAe~