97.2% PESERTA AKAN MENGGUNAKAN TEKNIK MEMBINA KEMAHIRAN EMPLOYABILITI DIDEDAHKAN DALAM PUTRA CAREER ADAPTABILITY 2024 (SIRI 1) | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » 97.2% PESERTA AKAN MENGGUNAKAN TEKNIK MEMBINA KEMAHIRAN EMPLOYABILITI DIDEDAHKAN DALAM PUTRA CAREER ADAPTABILITY 2024 (SIRI 1)

97.2% PESERTA AKAN MENGGUNAKAN TEKNIK MEMBINA KEMAHIRAN EMPLOYABILITI DIDEDAHKAN DALAM PUTRA CAREER ADAPTABILITY 2024 (SIRI 1)

Oleh : Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin K.B.;P.A.

SERDANG, 26 April - Program Putra Career Adaptability 2024 (Siri 1) ini dijalankan oleh Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membantu pelajar Universiti Putra Malaysia khususnya dan amnya seluruh warga UPM dalam persediaan diri mereka membina Kemahiran employabiliti disukai majikan. Peserta berkenaan dikongsikan ilmu berkaitan teknik yang sungguh membantu dalam pembinaan Kemahiran employabiliti seperti reskilling, upskilling, kepentingan 5K (Kelebihan, Kelainan, Keupayaan, Kekurangan dan Kemahiran) oleh Penceramah yang berpengalaman, Tuan Hasbullah Mustafa, Kaunselor Berdaftar.

Program ini dijalankan pada 26 April 2024 bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam secara maya di aplikasi zoom. Seramai 142 orang peserta program ini yang terdiri daripada 120 orang pelajar siswazah, 15 orang pelajar pasca siswazah, 1 orang pelajar Asasi, serta 5 orang staf UPM. Program ini memberikan impak yang baik kepada pemahaman dan keyakinan diri kepada peserta bagi mencapai membina kemahiran employabiliti yang disukai majikan. Selain itu, peserta juga dideahkan tentang persediaan dalam membina jaringan dan imej dalam media sosial sebagai pembina kerjaya.

Ain Shuhada Husni, pelajar Fakulti Kejuruteraan, menyatakan ‘Program sangat bagus untuk para pelajar yang bakal menceburi bidang pekerjaan’. Sebanyak 95.8% menyatakan bersetuju pemahaman mereka meningkat tentang membina kemahiran employabiliti mereka meningkat setelah menghadiri program ini. Maklum balas dari peserta begini adalah menaikkan lagi semangat pihak Seksyen Kaunseling Kerjaya terusan untuk memanjangkan ilmu perkongsian berkaitan kerjaya kelak.

Untuk mendapatkan informasi menarik Kaunseling Kerjaya boleh terus ke Aplikasi Telegram : Kaunselor Kerjaya UPM dan pertanyaan lanjut boleh layari laman sesawang Bahagian Kaunseling UPM di www.bkupm.edu.my

  

 

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFSCAC~