Akrab UPM & Kaunselor Berganding Bahu Untuk Khidmat Komuniti | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Akrab UPM & Kaunselor Berganding Bahu Untuk Khidmat Komuniti

Akrab UPM & Kaunselor Berganding Bahu Untuk Khidmat Komuniti

SHAH ALAM, 15 April – Seramai 28 orang ahli Akrab UPM serta Kaunselor dari Bahagian Kaunseling UPM termasuk sukarelawan telah menyertai program khidmat komuniti "Katarsis Wanita Srikandi Negara" di Rumah Perlindungan Darul Wardah, Shah Alam baru-baru ini. Program khidmat komuniti ini bertujuan untuk menghidupkan taman herba dan sayuran yang sedia ada di rumah perlindungan tersebut sekaligus perkongsian motivasi oleh warga Akrab.

Program setengah hari ini berlangsung dengan jayanya. Pelbagai tanamam herba dan sayuran ditanam bagi membantu penghuni Darul Wardah mendapatkan bahan-tersebut untuk kegunaan harian mereka tanpa kos besar. Penglibatan khusus oleh pakar dari Pusat Pertanian Universiti mengajar cara tanaman dan menjaga pokok-pokok agar mereka akan terus mendapat manfaat daripadanya.

  

 

Tarikh Input: 16/04/2019 | Kemaskini: 19/04/2019 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXETCAc~