Annual Grand Meeting Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Tahun 2022-2024 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Annual Grand Meeting Kelab Kebajikan dan Rekreasi Tahun 2022-2024

Annual Grand Meeting Kelab Kebajikan dan Rekreasi Tahun 2022-2024

Oleh : Puan Syarifah Sheril Azlin binti Syed Baharin K.B.;P.A.

SERDANG, 21 Feb - Annual Grand Meeting Kelab Kebajikan dan Rekreasi ini adalah aktiviti yang dijalankan dua tahun sekali. Agenda yang dijalankan dalam mesyuarat ini adalah pembentangan laporan kelab 2022-2024, pembentangan laporan kewangan dan perlantikan pengurusan tertinggi kelab 2024-2026. Aktiviti cabutan bertuah juga dijalankan dalam mesyuarat ini. Program ini diadakan pada 9 Februari 2024 bermula jam 3.00 petang di Auditorium, tingkat bawah, Bahagian Kaunseling UPM. Program ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengurusan tertinggi kelab yang telah tamat tempoh perlantikan dan meraikan kedatangan pengurusan tertinggi kelab yang baharu. Berikut adalah senarai pengurusan tertinggi kelab yang baharu iaitu : -
1) Presiden - Encik Muhamad Shafiq Mahadi
2) Timbalan Presiden - Puan Kemelia Omar K.B.;P.A.
3) Setiausaha - Puan Ayna Marliana Mohamad Sari
4) Bendahari - Puan Diyana Paimon
5) Timbalan Bendahari - Encik Ahmad Fariz Firdaus Ahmad Saupi

Tahniah diucapkan.

Seramai 18 orang ahli kelab kebajikan dan rekreasi Bahagian Kaunseling UPM yang menghadiri program dan merakamkan sejuta penghargaan di atas komitmen yang jitu daripada pengurusan tertinggi kelab 2022-2024. Terima kasih buat Encik Muhamad Za'im Rosli K.B.;P.A. selaku Presiden kelab, Encik Haniff Abdulllah Hashim K.B.;P.A. selaku Timbalan Presiden kelab, Puan Syarifah Sheril Azlin Syed Baharin K.B.;P.A. selaku Setiausaha kelab, Puan Diyana Paimon selaku Timbalan Setiausaha dan Puan Noorihayatti Noorudin K.B.;P.A. selaku Bendahari.

 

Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Dr. Mazila Ghazali K.B.;P.A. mengatakan dalam ucapannya, "Terima kasih saya ucapkan kepada Jawatankuasa KKR 2022-2023 Encik Zaim sebagai Pengerusi kelab, En. Haniff, Pn. Yati, Pn. Sheril dan Pn. Diyana atas sumbangan bermakna bagi menggerakkan Kelab dengan begitu cemerlang. Tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga Kelab Kebajikan dan Rekreasi terus berkembang dengan jayanya melalui pelbagai aktiviti kebajikan dan rekreasi buat semua ahli kelab. InsyaAllah."

 

    

 

 

Tarikh Input: 28/02/2024 | Kemaskini: 28/02/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEeTAi~