AUDIT DALAMAN EKSA BKUPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » AUDIT DALAMAN EKSA BKUPM

AUDIT DALAMAN EKSA BKUPM

UPM Serdang, 18 Julai - Pelaksanaan EKSA atau dikenali Ekosistem Kondusif Sektor Awam tidak asing lagi bagi melaksanakan tanggungjawab oleh seluruh warga di Universiti Putra Malaysia (UPM). Baru-baru ini, Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) telah mengadakan Audit Dalam Peringkat Bahagian Kaunseling UPM selama satu hari bersama auditor yang telah dijemput khas, Cik Pavithra A/P Panir Selvam daripada Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) selaku Fasilitator EKSA UPM.

Pemeriksaan Audit Dalam dimulai dengan taklimat oleh Penyelaras EKSA, BKUPM, Puan Ayna Marliana binti Mohamad Sari mengenai latar belakang pelaksanaan EKSA di BKUPM. Pemeriksaan Audit kali ini berfokus kepada zon ruang yang telah ditambah baik selepas pemeriksaan kendiri yang dijalankan secara berkala. Kesemua ruang di BKUPM terbahagi kepada lima (5) Zon iaitu Zon Rogers, Zon Ellis, Zon Glasser, Zon Holland dan Zon Al-Ghazali. 

 

Gambar: Pembukaan Audit Dalaman di Zon Al-Ghazali, Bahagian Kaunseling UPM dan Auditor ke Zon Rogers, Bahagian Kaunseling UPM

Penglibatan pelaksanaan Audit ini dihadiri oleh semua warga BKUPM iaitu seramai 18 orang Pegawai dan Staf serta dua (2) orang pelajar Latihan Industri dan seorang Auditor Dalaman EKSA, Cik Pavithra A/P Panir Selvam. Penglibatan Auditor Luar dalam pelaksaan audit dalam ini dapat membantu menjadi mata kepada warga BKUPM bagi menambah baik proses, susun atur dan kekemasan yang telah dijalankan. Selain daripada itu, ianya menjadi penanda aras oleh ketua-ketua zon EKSA bagi menambah baik ruang-ruang di bawah tanggungjawab mereka. 

Menurut Puan Anis Akmilah selaku Ketua Audit Jawatankuasa Pelaksana EKSA, “meskipun sekadar audit dalaman, kita memerlukan auditor daripada luar untuk menilai tahap pelaksanaan EKSA di sini. Ini kerana sebagai warga BKUPM, kami merasakan kami telah melakukan yang terbaik namun mungkin akan terlepas beberapa perkara memandangkan keadaan dan situasi di sini telah menjadi kebiasaan”.

     

Gambar: Ketika mengaudit ke Zon Ellis, Bahagian Kaunseling UPM dan auditor ke Zon Holland

Gambar: Auditor ke Zon Glasser di Bustanul Arifin

 

Gambar: Penghargaan kepada auditor yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Kaunseling merangkap Pengerusi EKSA BKUPM

Tarikh Input: 28/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBCAM~