Azam Baharu BKUPM Bagi Tahun 2023 | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Azam Baharu BKUPM bagi Tahun 2023

Azam Baharu BKUPM bagi Tahun 2023

SERDANG, 28 Jan – Menginjak tahun 2023, Bahagian Kaunseling UPM terus komited dalam perjuangan membantu pelajar dan pekerja Universiti Putra Malaysia. Tahun lalu, hampir 20 ribu pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta pelbagai aktiviti yang mensasarkan kesejahteraan holistik pelajar.  Seperti mana tahun-tahun lalu, fokus utama Bahagian Kaunseling UPM adalah membantu kesejahteraan holistik pelajar dan pekerja UPM dari segi psikologikal, emosi, intelektual dan sosial.

Kali ini, Bahagian Kaunseling UPM mensasarkan lebih 25 ribu penglibatan pelajar dan pekerja UPM dalam program-program yang telah direncana pada tahun ini. Pendekatan secara hibrid dalam pelaksanaan program memberi kelebihan kepada penglibatan pelajar yang tidak menginap di kolej kediaman mahupun pekerja yang sedang berada di luar pejabat untuk bersama-sama mengikut program anjuran BKUPM.

Kali ini, Bahagian Kaunseling UPM mensasarkan penglibatan secara maksimum dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan  dalam Hari Kualiti Peringkat UPM yang semasa sukuan ketiga setiap tahun. Pencapaian BKUPM Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran UPM 2022 berada di kedudukan 7 dengan capaian 4 Bintang. Ini  menunjukkan BKUPM mampu melonjak ke kedudukan yang lebih baik pada masa akan datang.

Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Dr. Mazila Ghazali sebagai berkata, BKUPM telah berusaha bersungguh bagi mencapai kedudukan ini. Namun ini bukan beerti kita telah mencapai kejayaan hakiki tetapi menunjukkan bahawa kita perlu berusaha lebih keras dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan menghidupkan suasana seronok bekerja di kalangan warga BKUPM.

Tarikh Input: 30/01/2023 | Kemaskini: 30/01/2023 | anis_akmil

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBBAe~