Oleh: Encik Haniff bin Abdullah Hashim K.B.;P.A.
Serdang, 30 September – Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Menuju Puncak Kerjaya 2024 dengan objektif utama untuk mencapai kecemerlangan kerjaya dan kesejahteraan diri warga kerja universiti. Program ini dijalankan secara dua peringkat. Peringkat pertama melibatkan staf pengurusan dan Profesional (akademik). Manakala bagi fasa kedua pengurusan dan Profesional (bukan akademik) dan staf pelaksana.
Seramai serta 43 staf pengurusan dan profesional (akademik) dan 83 orang staf pengurusan dan profesional (bukan akademik) dan pelaksana telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk memperkasa para peserta dengan kemahiran yang relevan bagi meningkatkan prestasi kerjaya, di samping menitikberatkan keseimbangan antara pencapaian profesional dan kesejahteraan peribadi.
Pada Sesi pertama, Profesor Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, menyatakan bahawa kecemerlangan kerjaya memerlukan kesejahteraan mental dan fizikal yang baik. Menurutnya, hanya dengan menjaga kedua-dua aspek ini, seseorang mampu mencapai tahap prestasi tertinggi dalam bidang kerjaya mereka. "Kesihatan mental dan fizikal yang mantap adalah kunci utama kepada kejayaan profesional," katanya.
Manakala pada sesi berikutnya yang dijalankan pada 13 September (Jumaat) Tuan Jowel Nooh, Timbalan Presiden Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Beliau menekankan kepentingan keseimbangan diri sebagai keputusan peribadi untuk memastikan rezeki daripada hasil gaji diberkati, terutama apabila ia diberikan kepada keluarga. "Keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi adalah kunci kepada keberkatan dalam rezeki dan kesejahteraan hidup," tambah beliau.
Program ini mencerminkan komitmen UPM dalam memastikan kesejahteraan dan kecemerlangan kerjaya stafnya, selaras dengan perubahan dan cabaran dalam persekitaran kerja yang dinamik. Para peserta memuji pengisian program yang bermanfaat untuk pembangunan diri dan profesional mereka.


Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | ayna

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia