B.E.B.A.S. Merdekakan Jiwa! | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » B.E.B.A.S. Merdekakan Jiwa!

B.E.B.A.S. Merdekakan Jiwa!

Oleh: Puan Wan Azurani binti Wan Ahmad K.B.;P.A.

SERDANG, 30 Ogos - Program perkongsian ilmu serta hebahan perkhidmatan oleh kaunselor Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) khusus untuk para pendengar menerusi slot Cit Cat Putra FM Bersama Kaunselor yang bersiaran pada hari selasa, jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang diteruskan lagi. Kali ini bagi siri keenam (6) pada 27 Ogos 2024 dengan tajuk B.E.B.A.S. Merdekakan Jiwa!.
Tajuk khas ini bersempena dengan Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2024 “Jiwa Merdeka”. Kupasan Puan Kamariah Derasol iaitu Kaunselor jemputan pada kali ini, mengupas makna Jiwa Merdeka yang menggambarkan ‘kebebasan rakyat Malaysia daripada elemen negatif’. Kupasa dibawakan dari aspek psikologi agar setiap individu dapat hidup dalam kesejahteraan minda secara holistik.
B.E.B.A.S. merupakan akronim yang dikupas oleh Puan Kamariah secara menyeluruh yang memberi maksud B- Berani; E-Emosi ; B-Belajar; A-Asertif diri; dan S- Sentiasa baiki diri.
Akroni mini boleh digunapakai dalam apa juga situasi, bagi membantu individu untuk kembali kepada jiwa yang harmoni dan Sejahtera.
Sebagai contoh individu yang mengalami TRAUMA, teknik B.E.B.A.S. ini boleh dipraktikkan dengan cara individu cuba B- Berani keluar dari rasa trauma tersebut; E- Emosi ketika itu yang perlu disemak dan dikawal. B-Belajar dengan pengalaman trauma yang terjadi; A- Asertif diri menghadapi trauma dengan bangkit pertahankan diri dan S- Sentiasa baiki diri dengan cara memberikan masa kepada diri sendiri untuk bertenang, relaks dan kembali kepada keadaan yang lebih baik.
Dalam konteks B-‘ Belajar’; juga, bilamana individu mengalami masalah, seseorang itu perlu cuba mencari ilmu dan kemahiran-kemahiran baharu dalam menghadapi cabaran. Begitu juga dalam kontek kawalan Emosi, individu perlu sentiasa peka, tidak overthinking atau memikir yang terlampau, sentiasa mengamalkan self-love untuk sentiasa menjaga kesejahteraan diri sendiri.
Menerusi slot ini juga puan Kamariah mengupas lanjut soalan-soalan yang diajukan berkaitan topik. Antara kupasan beliau adalah penggunaan akronim B.E.B.A.S dengan isu buli siber yang diperkatakan baru- baru ini. Melalui slot ini juga beliau mengupas bagaimanakah caranya untuk membantu individu yang mempunyai jiwa yang tidak bebas.
Para pembaca yang ingin mendengar keseluruhan berkaitan topik yang dibincangkan boleh ke laman Facebook Rasmi Bahagian Kaunseling https://www.facebook.com/bkupm untuk mendengar lebih lanjut.
Semoga perkongsian kaunselor di konti Putra FM ini memberikan manfaat kepada seluruh pendengar!

 

Tarikh Input: 30/08/2024 | Kemaskini: 30/08/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
W, (05:35:55pm-05:40:55pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]