Bengkel Modul Bimbingan Pembangunan Kendiri | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » Bengkel Modul Bimbingan Pembangunan Kendiri

Bengkel Modul Bimbingan Pembangunan Kendiri

Oleh : Encik Mohamad Ashaari bin Awab K.B.:P.A.

SERDANG, 28 Feb - Program Bengkel Modul Bimbingan Pembangunan Kendiri ini merupakan inisiatif Seksyen Pembangunan Kendiri, Bahagian Kaunseling UPM bagi membina modul aktiviti bimbingan tentang Pembangunan Kendiri Pelajar dan Staf UPM. Bengkel ini telah dijalankan dengan jayanya pada 21 Februari 2024 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Lokasi bengkel adalah di Bilik Mesyuarat Bahagian Kaunseling UPM Bengkel penulisan Modul Aktiviti Bimbingan Pembangunan Kendiri ini diadakan sebagai satu usaha bersepadu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan kepada warga UPM. Menerusi modul aktiviti yang dibangunkan diharap akan dapat menjadi panduan kepada semua Pegawai Psikologi Bahagian Kaunseling UPM menjalankan program atau sesi bimbingan kepada warga UPM secara berstruktur berkisar bimbingan akademik, pengurusan kewangan, gaya hidup dan komunikasi.

Seramai empat (4) orang Pegawai Psikologi terlibat dalam bengkel ini iaitu Encik Mohamad Ashaari bin Awab K.B.:P.A., Puan Kamariah binti Derasol K.B.:P.A., Puan Anis Akmilah binti Mat Hassan K.B.:P.A. dan Encik Mohamad Za’im bin Rosli K.B.:P.A.. Impak kepada program ini terbahagi kepada dua iaitu yang pertama impak kepada mutu perkhidmatan bimbingan oleh Pegawai Psikologi UPM yang mana mereka akan mempunyai modul berstruktur yang boleh digunakan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada klien atau peserta. Seterusnya impak yang kedua adalah kepada warga UPM yang akan menerima perkhidmatan bimbingan yang diyakini dapat memberi manfaat dari segi bimbingan akademik, pengurusan kewangan, gaya hidup dan komunikasi. Pengarah program Encik Mohamad Ashaari bin Awab K.B.:P.A. selaku Ketua Seksyen Pembangunan Kendiri, Bahagian Kaunseling UPM bersyukur kerana bengkel ini telah berjaya dilaksana dengan jayanya dan berharap agar sumbangan ilmu melalui penulisan ini akan memberi tambah nilai kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di UPM sekaligus memberi manfaat yang besar kepada warga UPM yang mendapatkan perkhidmatan Bahagian Kaunseling UPM.

  

Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 29/02/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXEcQAo~