BENGKEL PENCAPAIAN KPI 2022 DAN PERANCANGAN TINDAKAN 2023 BUKTI KOMITMEN BERTERUSAN BKUPM | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» BERITA » BENGKEL PENCAPAIAN KPI 2022 DAN PERANCANGAN TINDAKAN 2023 BUKTI KOMITMEN BERTERUSAN BKUPM

BENGKEL PENCAPAIAN KPI 2022 DAN PERANCANGAN TINDAKAN 2023 BUKTI KOMITMEN BERTERUSAN BKUPM

UPM SERDANG - 13 DIS : Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (BKUPM) telah menganjurkan Bengkel Laporan Pencapaian KPI 2022 dan Perancangan Tindakan 2023 yang bertempat di Bilik Sanggar Ilmu Alang Perang Kolej Tun Dr Ismail (KTDI).

Bengkel ini bertujuan bagi mengenal pasti Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah dicapai sepanjang tahun 2022, serta peluang-peluang pemantapan dan penambahbaikan. Secara keseluruhan, Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) dilihat telah mencapai sasaran penyertaan pelajar sebanyak 18, 561 dalam program yang dianjurkan. Jumlah ini jauh melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu seramai 12,500 penyertaan. KPI lain juga termasuklah penglibatan pekerja yang melibatkan diri dalam aktiviti program holistik, juga KPI pelaksanaan program kaunseling dan bimbingan kerjaya telah berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2022.

Ini menunjukkan bahawa, Bahagian Kaunseling UPM berjaya mencapai prestasi yang baik sepanjang tahun 2022.

Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Dr Mazila Ghazali. Sepanjang bengkel berlangsung, aktiviti ringkas ice breaking dan permainan diselitkan sepanjang bengkel agar peserta bengkel lebih bersemangat dan aktif.

Seterusnya, para peserta telah mendengar pembentangan Pelan Strategik dan KPI BKUPM 2022. Pelbagai informasi yang bermanfaat boleh diambil sebagai langkah penambahbaikan pada masa akan datang. Bengkel ini juga menyediakan platform bagi merangka pelan perancangan bagi tahun 2023. Para peserta telah dibahagikan mengikut seksyen masing-masing untuk membuat perbincangan Perancangan Tindakan 2023. Peserta telah merangka program-program bagi membantu pelajar dan staf Universiti Putra Malaysia. Di akhir bengkel, selain Sasaran KPI 2023 dipersetujui, Perancangan Aktiviti 2023 beserta takwim penuh BKUPM 2023 terhasil dan ini adalah bukti BKUPM komited meneruskan kecemerlangan pada tahun 2023.

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | azurani

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
SXFBDAQ~